BERAKAS, Friday, 07 November 2025
– The No. 4 Wing, Support Group, Royal Brunei Air Force recently held an Outing and Farewell Event at the Saddle Club, Berakas Camp—highlighting the club’s vibrant equestrian environment as an ideal venue for team-building, recreation and social engagement.
Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Commanding Officer of No. 4 Wing. Also present were officers, personnel and civilian staff of No. 4 Wing. Participants took part in light sporting and equestrian-themed activities, which encouraged active participation, camaraderie and appreciation of the club’s facilities.
Through informal interactions and shared experiences, the outing enhanced professional rapport, reinforced teamwork, and strengthened esprit-de-corps among the Wing’s members. The serene and scenic surroundings of the Saddle Club also offered a refreshing setting for reflection on the Commanding Officer’s accomplishments and collective journey.
The gathering concluded with expressions of gratitude and well-wishes to the outgoing Commanding Officer, in recognition of his leadership and contributions throughout his tenure. The event also showcased the Saddle Club as an engaging and meaningful venue for future unit cohesion activities, recreational programmes and community-building events.





ACARA RIADAH PERPISAHAN PEGAWAI PEMERINTAH CAWANGAN NO. 4, KUMPULAN BANTU, TUDB
BERAKAS, Jumaat, 07 November 2025 – Cawangan No. 4, Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Acara Riadah Perpisahan Pegawai Pemerintah Cawangan No. 4 di Kelab Menunggang Kuda, Berakas Kem. Suasana ekuestrian yang kondusif merupakan lokasi yang ideal bagi aktiviti pembinaan pasukan, rekreasi dan interaksi sosial.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 4. Pegawai, anggota dan kakitangan awam No. 4 Wing juga turut hadir di Acara tersebut. Para peserta menyertai aktiviti sukan ringan serta aktiviti bertemakan ekuestrian sekaligus menggalakkan penglibatan aktif, semangat kebersamaan dan penghargaan terhadap kemudahan yang ditawarkan.
Melalui interaksi tidak formal dan pengalaman yang dikongsi bersama, acara ini berjaya mengukuhkan hubungan profesional, memperkukuh kerjasama dan meningkatkan semangat esprit-de-corps dalam kalangan warga Cawangan No. 4. Persekitaran Kelab Menunggang Kuda juga menjadi latar yang sesuai untuk mengenang pencapaian serta perjalanan kolektif Pegawai Pemerintah Cawangan No. 4.
Acara tersebut diakhiri dengan ucapan penghargaan kepada Pegawai Pemerintah Cawangan No. 4 Wing yang akan berpindah tugas, sebagai tanda pengiktirafan terhadap kepimpinan dan sumbangan beliau disepanjang perkhidmatan. Pada masa yang sama, acara ini turut memperlihatkan Kelab Menunggang Kuda sebagai lokasi yang berpotensi untuk penganjuran program pembinaan pasukan, rekreasi dan pengukuhan komuniti pada masa akan datang.


