RIMBA, Khamis 20 Oktober 2016 – Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Pemerintah TUDB menerima kunjungan pengenalan dari Atase Pertahanan Republik Korea yang baru yang menetap di Malaysia akreditasi ke Negara Brunei Darussalam, Senior Commander Lee Chang Hun, di Markas Pangkalan TUDB.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TUDB menyatakan rasa gembira di atas hubungan pertahanan dua hala yang baik di antara kedua-dua Negara sejak 1 Jun 1984. Kedua-dua pihak telah mengambil bahagian secara aktif dari segi pameran pertahanan dan latihan multilateral.

Kunjungan tersebut juga mencerminkan hubungan antara kedua-dua negara telah lama wujud. Ianya juga memberi lagi peluang yang baik untuk meningkatkan hubungan dua hala melalui aktiviti yang dirancang untuk masa depan nanti.
Selain hubungan pertahanan, Brunei Darussalam dan Republik Korea juga berkongsi kerjasama yang luas dalam ekonomi dan perdagangan, pertanian, pendidikan, kebudayaan dan belia, ICT dan pelancongan.

COMMANDER OF THE ROYAL BRUNEI AIR FORCE RECEIVES NEW DEFENCE ATTACHÉ REPUBLIC OF KOREA

RIMBA, Thursday 20 October 2016 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, the Commander of RBAirF received an introductory call by The new Defence Attaché to the Embassy of the Republic of Korea in Malaysia accredited to Brunei Darussalam, Commander Lee Chang Hun at RBAirF Headquarter.

During the call, the Commander of RBAirF expressed his pleasure for the warm and friendly bilateral defence relations between the two countries dating back since 1 June 1984. Both sides have actively participated in defence exhibitions and multilateral exercises.

The call signifies the longstanding relationship between both countries. It marked another great opportunity to enhance bilateral relationships through planned activities for the future.
In addition to defence relations, Brunei Darussalam and the Republic of Korea also shares extensive cooperation in economic and trade, agriculture, education, culture and youth, ICT and tourism.