​RIMBA AIR FORCE BASE,
Wednesday, 16 October 2024 – No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF), held a promotion ceremony for 11 personnel, including 06 Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and 05 Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs), at No. 2 Wing Headquarters, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).

The ceremony was officiated by Major (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman, Commanding Officer of No. 2 Wing, who honoured the event as the Guest of Honour. Attendees included Officers, Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs), and family members of the newly promoted personnel. The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of rank insignias, and concluded with the recitation of Doa Selamat and a group photograph to commemorate the occasion.

This promotion serves as a testament to the professionalism, unwavering commitment, and contributions of these personnel to the RBAirF and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Their dedication to upholding the core values of integrity, discipline, and excellence has earned them this well-deserved recognition. The RBAirF extends its heartfelt congratulations to all personnel and their families, who continue to contribute to the strength and success of the nation’s air defense.


MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI SEBELAS ANGGOTA PTB RENDAH CAWANGAN NO.2, KUMPULAN GERAKAN, TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 16 Oktober 2024 – Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan pangkat bagi 11 anggota yang terdiri daripada 06 Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) dan 05 Pegawai Tidak Bertauliah Rendah (PTB Rendah) di Markas Cawangan No.2, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Upacara tersebut telah disempurnakan oleh Mejar (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2, selaku Tetamu Kehormat. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan, dan ahli keluarga anggota yang dinaikkan pangkat. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian lencana pangkat kepada anggota yang dinaikkan pangkat dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.

Kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan terhadap profesionalisme, komitmen yang tidak berbelah bahagi, dan sumbangan anggota-anggota tersebut kepada TUDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Dedikasi mereka dalam menegakkan nilai-nilai teras seperti integriti, disiplin, dan kecemerlangan telah melayakkan mereka untuk menerima pengiktirafan tersebut. TUDB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota dan keluarga mereka yang terus menyumbang kepada kekuatan dan kejayaan pertahanan udara negara.