Tanah Jambu, Friday, 29 January 2021
– This was the key message conveyed during the RBAirF TEMD Reward and Recognition Ceremony held today, organised by
Badan Kebajikan Kakitangan (BKK) of Air Engineering Unit (AEU), Technical Equipment Maintenance Division (TEMD) for four personnel who have achieved service past 15 years, four retirees and 45 personnel who have contributed to significant improvement and innovation to the organisation. The ceremony was attended by Commander of Royal Brunei Air Force (RBAirF), Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Hj Ibrahim as the Guest of Honour.

Upon arrival, he was welcomed by Commander Support Group, Commanding Officer No.5 Wing, Officer Commanding Engineering Support Squadron, TEMD General Manager, AEU Chief Engineers and all TEMD personnel. The ceremony commenced with the recitation of Surah
Al-Fatihah and
Doa led by Senior Engineer WO1 (R) Hj Ramlly bin Bujang. It was then followed by a slideshow exhibiting the daily tasks of personnel in different sections of the AEU in the Royal Brunei Air Force.

The ceremony continued with a speech from Commanding Officer No. 5 Wing where he congratulated all recipients and also expressed his appreciation to those who have recently retired for their many years of contribution. He further urged all personnel to actively cultivate a healthy culture of innovation and a commitment to continuous learning and productivity as a way of life and to uphold the prestige of the organization as one that is proactive and dynamic.

The ceremony then continued with some remarks from the Commander of RBAirF after the presentation of appreciation gifts and certificates.  In his remarks, he highlighted the localisation of TEMD staff as one of the most significant transformation over the years and the difference now is that Bruneians have not just replaced, but they have improved the TEMD organisation overall. He encourages all TEMD to continue to strive for innovation not only for the existing aircraft but also in any component of future projects.

The ceremony ended with a photo session with all VIP guests and TEMD personnel.





QUALITI DAN INOVASI – KUNCI KEPADA KEBERKESANAN OPERASI

 


Tanah Jambu, Jumaat, 29 Januari 2021 – Ini merupakan mesej utama yang disampaikan semasa Majlis Penghargaan dan Pengiktirafan Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal (BPKT), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Kakitangan (BKK), Unit Kejuruteraan Udara (UKU) bagi empat orang kakitangan yang telah mencapai perkhidmatan di TUDB selama 15 tahun, empat orang kakitangan yang telah menamatkan perkhidmatan dan juga bagi 45 orang kakitangan yang telah memberikan sumbangan peningkatan dan berinovatif kepeda organisasi. Majlis tersebut dihadiri oleh tetamu kehormat, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Hj Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

Ketibaan beliau disambut oleh Pemerintah Kumpulan Bantu, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 5, Pegawai Memerintah Skuadron Kejuruteraan Bantu, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, Ketua-Ketua Jurutera dan seluruh kakitangan BPKT. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang diketuai oleh Jurutera Kanan PW1 (B) Hj Ramlly bin Bujang. Majlis diteruskan dengan tayangan
slideshow yang mempamerkan tugasan harian kakitangan dari pelbagai bahagian UKU di TUDB.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pegawai Pemerintah Cawangan No.5 di mana beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima dan beliau juga menyatakan penghargaannya kepada kakitangan yang telah menamatkan perkhidmatan di atas sumbangan mereka selama perkhidmatan mereka di TUDB.  Beliau juga menyarankan semua kakitangan agar sentiasa memupuk budaya inovatif yang sihat dan komitmen untuk pembelajaran berterusan dan produktif sebagai cara hidup dan menonjolkan tinggi prestij organisasi ini sebagai sebuah organisasi yang proaktif dan dinamik.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pemerintah TUDB selepas penyampaian hadiah-hadiah penghargaan dan sijil-sijil pengiktirafan. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan bahawa pengambilan pakar tempatan sebagai penerus generasi adalah transformasi yang amat ketara selama ini dan perubahannya sekarang ialah kakitangan BPKT bukan hanya digantikan dengan pakar tempatan malah dalam masa yang sama mereka semakin meningkatkan BPKT dari sebelumnya. Beliau juga memberikan dorongan kepada semua kakitangan BPKT agar terus berusaha untuk berinovasi bukan hanya untuk pesawat yang ada tetapi juga bagi komponen-komponen projek pada masa yang akan datang.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat, tetamu undangan dan kakitangan Unit Kejuruteraan Udara, BPKT.