RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 02 October 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Republic of Singapore Air Force (RSAF) have successfully concluded the inaugural Exercise WINGGUARD, conducted from 28 September to 02 October 2026 at the Rimba Air Force Base, Brunei Darussalam. Building upon the recently established Exercise VANGUARD framework, this milestone engagement marks a sophisticated leap forward in advancing bilateral air power cooperation through high-end practical training and synchronized operational maneuvers.

Exercise WINGGUARD converged aircrew and technical ground personnel from both nations to execute a series of integrated air-land maneuvers aimed at optimizing interoperability, sharpening mission readiness, and fostering a deep exchange of tactical expertise. The comprehensive curriculum featured a Subject Matter Expert Exchange (SMEE) between 15 Squadron, RBAirF, and RSAF transport aircrew; live Air-to-Ground Firing profiles; and highly technical Mission-Oriented and Closed-Loop Training.

A key highlight of the exercise was the mixed formation flying operations, which paired the Sikorsky S-70i Black Hawk helicopters of 11 Squadron, RBAirF, alongside the Airbus H225M helicopters of the RSAF. Operating side-by-side in a realistic, high-tempo environment, personnel refined critical competencies in tactical communication, joint coordination, and complex mission execution. The integrated rotary-wing maneuvers provided an invaluable platform to validate cross-platform capabilities, reinforcing both forces’ ability to operate seamlessly under unified operational settings.

The successful iteration of this inaugural exercise signals a decisive step forward in RBAirF–RSAF defense relations. By translating enduring diplomatic ties into tangible, field-ready operational capabilities, Exercise WINGGUARD successfully lays the strategic groundwork for increasingly complex, multi-domain integrated training in the future, safeguarding regional peace and stability.

TUDB DAN TURS LANCARKAN EKSESAIS WINGGUARD PERTAMA, MENGERATKAN KERJASAMA OPERASI UDARA DUA HALA

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 02 Oktober 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Udara Republik Singapura (TURS) telah berjaya melabuhkan tirai Eksesais WINGGUARD yang pertama, yang dilaksanakan bermula 28 September hingga 02 Oktober 2026 di Pangkalan Tentera Udara Rimba, Negara Brunei Darussalam. Berlandaskan asas Eksesis VANGUARD yang baru ditubuhkan, penglibatan ini melambangkan satu kemajuan dalam memacu kerjasama kuasa operasi udara dua hala melalui latihan dan gerakan praktikal tahap tinggi.

Eksesais WINGGUARD telah menghimpunkan anak kapal serta anggota teknisyen dari kedua-dua buah negara bagi melaksanakan siri gerakan bersepadu udara-darat yang bertujuan untuk mengoptimumkan kebolehoperasian (interoperability), mempertingkatkan kesiapsiagaan misi, dan memupuk pertukaran kepakaran taktikal yang mendalam. Kurikulum komprehensif tersebut merangkumi Sesi Pertukaran Bidang dan Kepakaran (Subject Matter Expert Exchange (SMEE)) antara Skuadron 15, TUDB dan anak kapal serta kru pesawat angkut TURS; profil Air-to-Ground Firing; serta Latihan Mission-Oriented dan Latihan Closed-Loop Training berkemahiran tinggi.

Antara sorotan utama eksesais berkenaan adalah operasi penerbangan mixed-formation, yang menggandingkan helikopter Sikorsky S-70i Black Hawk dari Skuadron 11, TUDB, bersama helikopter Airbus H225M daripada TURS. Beroperasi dalam persekitaran realistik yang berisiko tinggi, para anggota telah memperhalusi kecekapan kritikal dalam komunikasi taktikal, penyelarasan bersama, serta pelaksanaan misi yang kompleks. Gerakan rotary-wing bersepadu ini menyediakan platform yang amat berharga bagi mengesahkan keupayaan cross-platform, sekali gus memperkukuhkan keupayaan kedua-dua Tentera Udara untuk beroperasi secara lancar di bawah tetapan operasi yang bersepadu.

Kejayaan iterasi eksesais kali pertama ini menandakan satu langkah konklusif ke hadapan dalam hubungan pertahanan antara TUDB dan TURS. Dengan menterjemahkan hubungan pertahanan yang telah lama terjalin kepada keupayaan operasi yang praktikal, Eksesais WINGGUARD telah berjaya meletakkan asas strategik bagi latihan bersepadu pelbagai domain yang kian kompleks pada masa hadapan, demi memelihara keamanan dan kestabilan serantau.