
RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 10 June 2026 – The Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, received an introductory call from Colonel David Bradley, the Non-Resident United States Defence Attaché accredited to Brunei Darussalam, at the RBAirF Headquarters.
During the call, Brigadier General (U) Haji Haszahaidi welcomed Colonel Bradley and reaffirmed the longstanding bilateral defence relations between both nations. Both sides exchanged views on regional security matters of mutual interest and discussed avenues to enhance cooperation, particularly through professional military exchanges, joint training, and closer service-to-service engagements.
The meeting underscored the importance of continued collaboration and regular interactions to foster mutual understanding and strengthen defence ties.
PEMERINTAH TUDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN AS
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 10 Jun 2026 – Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, telah menerima kunjungan pengenalan daripada Kolonel David Bradley, Atase Pertahanan Amerika Syarikat Tidak Menetap yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam, bertempat di Markas TUDB.
Semasa kunjungan tersebut, Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi mengalu-alukan kedatangan Kolonel Bradley dan mengesahkan semula hubungan pertahanan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua buah negara. Kedua-dua belah pihak saling bertukar pandangan mengenai isu-isu keselamatan serantau yang mempunyai kepentingan bersama serta membincangkan peluang-peluang untuk mempertingkatkan kerjasama, terutamanya melalui pertukaran ketenteraan profesional, latihan bersama, dan penglibatan yang lebih erat di antara kedua-dua angkatan tentera.
Pertemuan tersebut turut menekankan kepentingan kolaborasi yang berterusan dan interaksi yang kerap bagi memupuk persefahaman bersama serta memperkukuh ikatan pertahanan.
