RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 05 August 2026 – 31 Squadron, No.3 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) successfully conducted TheJungle Rescue Team (JRT) Course Series 1/2026for16 personnel from the Special Technical Rescue Assistant (SATREA), Brunei Fire and Rescue Department (BFRD),and02 personnel from 31 Squadron, RBAirF.
Present to officiate the closing ceremony as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel (U) Mohamad Azmi bin Haji Afflon, Acting Commander Operations Group. Also in attendance were officers from both the RBAirF and BFRD.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a video presentation featuring the participants’ achievements and the competencies they had acquired throughout the course. Certificates of completion were then presented to all participants in recognition of their successful achievement.
In his closing remarks, the Guest of Honour congratulated all participants on their commitment, discipline and perseverance throughout the course. He highlighted that the course served as an important platform to enhance interoperability, promote the exchange of expertise, and strengthen joint preparedness in responding to complex rescue and emergency operations. It underscores the ongoing commitment of both units to developing highly competent personnel while fostering closer inter-agency cooperation through professional training, knowledge sharing, and operational collaboration in support of national readiness, resilience, and effective emergency response.






TENERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN KURSUS ASAS MENCARI DAN MENYELAMAT HUTAN SIRI 1/26
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 05 Ogos 2026 – Skuadron 31, Cawangan No 3, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berjaya mengendalikan Kursus Asas Mencari dan Menyelamat Hutan Siri 1/2026 yang telah disertai oleh 16anggota daripada Pasukan Special Technical Rescue Assistant (SATREA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei serta 02 anggota daripada Skuadron 31, TUDB.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel (U) Mohamad Azmi bin Haji Afflon, Pemangku Pemerintah Kumpulan Gerakan. Turut hadir ialah pegawai-pegawai daripada TUDBdanJabatan Bomba dan Penyelamat Brunei.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan tayangan video yang memaparkan prestasi, pencapaian serta kemahiran yang telah diperolehi oleh para peserta sepanjang mengikuti kursus tersebut. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta sebagai tanda pengiktirafan atas komitmen, dedikasi dan kejayaan mereka menamatkan kursus dengan jayanya.
Dalam ucapan penutupnya, Tetamu Kehormat merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta atas komitmen, disiplin dan ketekunan yang telah ditunjukkan sepanjang mengikuti kursus tersebut. Beliau menegaskan bahawa kursus ini merupakan platform penting dalam memperkukuh keupayaan saling kendali (interoperability), menggalakkan pertukaran kepakaran serta meningkatkan kesiapsiagaan bersama dalam menghadapi operasi menyelamat dan kecemasan yang semakin kompleks.
Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua organisasi dalam melahirkan anggota yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing, di samping memperkukuh kerjasama melalui latihan profesional, perkongsian pengetahuan serta berkolaborasi dalam operasi. Usaha ini akan mampu meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta memastikan tindak balas kecemasan yang lebih cekap, berkesan dan terselaras.




