RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 14 August 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) welcomed an educational visit from the Filipino Language and Cultural Enrichment Program (FLCEP), consisting of 85 students, at Rimba Air Force Base. The visit commenced with a safety brief and followed by a briefing on the RBAirF’s organization, roles and capabilities. This was then followed by a visit to Hangar A to view the aircraft static displays and equipment.
The visit offered the students meaningful insights into the RBAirF’s aircraft, equipment, and operational capabilities. Throughout the visit, students engaged in interactive activities, gaining hands-on experience with various types of equipment, trying on uniforms and an up-close look at the RBAirF’s aircraft.
This visit was designed to expand the students’ learning experience and enrich their understanding, while also sparking greater interest in aviation.




LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI
FILIPINO LANGUAGE AND CULTURAL ENRICHMENT PROGRAM (FLCEP) KE PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 14 Ogos 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima lawatan pendidikan daripada
Filipino Language and Cultural Enrichment Program (FLCEP) yang terdiri daripada 85 pelajar ke Pangkalan Tentera Udara Rimba. Lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat keselamatan dan diikuti dengan taklimat mengenai dengan organisasi, peranan dan keupayaan TUDB. Ianya diteruskan dengan lawatan ke Hangar A untuk melihat pesawat statik serta kelengkapan TUDB.
Lawatan ini memberikan para pelajar pendedahan bermakna mengenai pesawat, kelengkapan dan keupayaan TUDB. Sepanjang lawatan tersebut, para pelajar turut mengambil bahagian dalam aktiviti interaktif yang memberi mereka peluang untuk memperoleh pengalaman mengendalikan pelbagai peralatan, mencuba pakaian seragam, serta melihat pesawat-pesawat milik TUDB dengan lebih dekat.
Lawatan ini dapat meluaskan lagi pengalaman pembelajaran pelajar dan mempertingkatkan kepahaman mereka, sambil mencetus minat yang lebih mendalam dalam bidang penerbangan.

