RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 14 March 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held an iftar event to foster the spirit of Ramadhan 1446H with the community of
Mukim Gadong ‘A’ and the members of takmir and public congregation of Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).

Present as the guest of honour was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Muhd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also present for the event were
Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of the RBAF, Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF, RBAirF’s Board of Executives, senior officers, officers and RBAirF personnel. Among those present at the event were the local residents from the nearby community, notably the Acting
Penghulu Mukim Gadong ‘A’, Yang Mulia Awang Puspa Wira bin Haji Md Noor, along with 12 village heads from Mukim Gadong ‘A’.

The event commenced with a group photo session and the recitation of Surah Yassin and Tahlil led by both Muhammad Fathurrahman bin Haji Matali, Imam Surau Al-Barakah and Private (U) Mohd Fauzan Al-Fatin bin Md Elmy, Assistant Religious Troop, Surau Al-Barakah. After breaking fast, the congregation proceeded to perform Fardhu Maghrib prayer, followed by iftar. Iftar was concluded with the recitation of
Doa Selepas Makan led by Lieutenant Colonel Ariffin bin Amit @ Hamid, Staff Officer Grade 1 Religious Training, RBAF Religious Directorate.

The evening continued with a congregational Fardhu Isya’ prayer, setting a solemn and reflective atmosphere for the night’s proceedings. This was followed by the performance of Terawih and Witir prayers, fostering spiritual devotion among the congregants. The event continued with mass Tadarus Al-Quran and concluded with Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam and Doa Bulan Ramadhan, which was led by Sergeant (U) Haji Khairul Arrifin bin Haji Rosli.

The iftar event exemplified the Royal Brunei Air Force’s commitment to foster strong ties with the local community while embracing the spiritual essence of Ramadhan. This event also aims to nurture a spirit of unity and brotherhood among ABDB personnel, particularly RBAirF personnel, and the local residents while reinforcing faith and devotion.

Furthermore, the event aligned with the principles of
Maqasid al-Shariah, particularly in preserving faith (hifz al-din) through religious observance, and fostering social welfare (hifz al-nafs and
hifz al-mal) by strengthening communal bonds and charitable acts. The RBAirF remains dedicated in upholding such meaningful engagements and contributing to the spiritual and social well-being of its personnel and the wider community.


TUDB MENGADAKAN ACARA BERSUNGKAI BERSAMA PENDUDUK MUKIM GADONG ‘A’

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 14 Mac 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Acara Bersungkai bagi menyemarakkan bulan Ramadhan 1446H bersama masyarakat dan penduduk Mukim Gadong ‘A’ serta ahli-ahli takmir dan jemaah awam Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Muhd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB),
Yang Mulia Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Yang Mulia Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah ABDB, Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB, Lembaga Eksekutif TUDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota TUDB. Majlis ini juga dihadiri oleh penduduk dari Mukim Gadong ‘A’, termasuk Pemangku Penghulu Mukim Gadong ‘A’, Yang Mulia Awang Puspa Wira bin Haji Md Noor, bersama dengan 12 Ketua Kampung lain dari Mukim Gadong ‘A’.

Acara dimulakan dengan sesi bergambar beramai dan diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil yang dipimpin oleh Imam Muhammad Fathurrahman bin Haji Matali, Imam Surau Al-Barakah dan Soldadu (U) Mohd Fauzan Al-Fatin bin Md Elmy, Pembantu Medan Agama Surau Al–Barakah. Setelah berbuka puasa, Jemaah kemudiannya menunaikan solat Mahgrib berjemaah sebelum menikmati juadah berbuka puasa.  Acara Bersungkai disudahi dengan bacaan Doa Selepas Makan yang dipimpin oleh Leftenan Kolonel Ariffin bin Amit @ Hamid, Pegawai Turus Tarbiyyah Agama, Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).

Malam tersebut diteruskan dengan Solat Isya’ berjemaah, Solat Terawih dan Witir, mewujudkan suasana penuh penghayatan dan memperkukuhkan lagi amalan kerohanian dalam kalangan Jemaah. Acara diteruskan dengan Tadarus Al-Quran secara berjemaah dan persendirian dan diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Doa Bulan Ramadhan yang dipimpin oleh Sarjan (U) Haji Khairul Arrifin bin Haji Rosli.

Acara Bersungkai ini telah mempaparkan komitmen TUDB dalam mempereratkan hubungan dengan masyarakat setempat serta menghayati nilai-nilai kerohanian di bulan Ramadhan. Acara ini juga bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan diantara anggota-anggota ABDB, khususnya anggota-anggota TUDB, dengan penduduk setempat sambil memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan.

Selain itu, acara ini juga sejajar dengan prinsip Maqasid al-Shariah, khususnya dalam memelihara agama (hifz al-din) melalui penghayatan ibadah serta memperkukuhkan kesejahteraan sosial (hifz al-nafs dan
hifz al-mal) dengan mengeratkan hubungan kemasyarakatan dan amalan kebajikan. TUDB terus komited dalam meneruskan inisiatif yang bermakna ini serta menyumbang kepada kesejahteraan rohani dan sosial bukan sahaja diantara anggota-anggota TUDB tetapi termasuk juga masyarakat sekeliling.