
RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 07 July 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) welcomed 30 children from Melissa’s Playhouse, along with six teachers and 20 parents, to Rimba Air Force Base today. The visit was part of the school’s educational series designed to introduce young learners to various national professions.
The visit began with a safety briefing and an introductory presentation. This session provided the visitors with a simple overview of the RBAirF’s role, responsibilities, and its various operational units.
The group then visited Hangar A to view a static display of RBAirF aircraft, vehicles, and equipment. The children interacted with Air Force personnel and experienced the aviation environment firsthand in a safe, engaging setting.
This initiative forms part of Melissa’s Playhouse outdoor curriculum, allowing children to learn beyond the classroom while gaining a foundational understanding of the RBAirF’s service to the nation. The RBAirF continues to support community engagement activities that inspire the nation’s younger generation.


TUDB TERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA MELISSA’S PLAYHOUSE
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 07 Julai 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) hari ini menerima lawatan sambil belajar daripada 30 orang murid dari Melissa’s Playhouse, berserta enam orang guru dan 20 orang ibu bapa ke Pangkalan Tentera Udara Rimba. Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada siri aktiviti pendidikan sekolah berkenaan bagi memperkenalkan kerjaya dan organisasi tempatan kepada murid-murid.
Program dimulakan dengan taklimat keselamatan diikuti dengan pembentangan pengenalan. Sesi ini memberikan gambaran ringkas mengenai peranan, tanggungjawab, serta unit-unit operasi yang terdapat di dalam TUDB kepada para pelawat.
Rombongan seterusnya dibawa melawat ke Hangar A bagi melihat pameran statik pelbagai pesawat, kenderaan, dan peralatan TUDB. Murid-murid berpeluang berinteraksi bersama anggota TUDB serta merasai sendiri suasana persekitaran penerbangan tentera dalam keadaan yang selamat dan interaktif.
Inisiatif luar bilik darjah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar secara praktikal melalui pemerhatian, sekali gus memberikan kefahaman awal mengenai khidmat bakti TUDB kepada negara. Pihak TUDB sentiasa komited dalam menyokong program kemasyarakatan dan pendidikan yang mampu memberi inspirasi kepada generasi muda negara.

