RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 30 June 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) welcomed 106 students and teachers from Seri Mulia Sarjana School for an educational visit to Rimba Air Force Base.

The program commenced at Dewan Punai with an introductory briefing on the RBAirF’s organizational structure, roles, and responsibilities. The students then proceeded to a guided tour showcasing various aircraft, specialized equipment, and operational capabilities.

During the visit, the students participated in interactive activities alongside RBAirF personnel, including hands-on experience with equipment, trying on Air Force uniforms, and touring the interiors of several aircraft. The event concluded with a group photograph to commemorate the occasion.

This visit aimed to enhance the students’ understanding of the RBAirF, foster an early interest in aviation and national service, and enrich their educational development.

TUDB TERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA SEKOLAH SERI MULIA SARJANA

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 30 Jun 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima lawatan sambil belajar daripada 106 orang murid dan guru dari Sekolah Seri Mulia Sarjana ke Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Program dimulakan di Dewan Punai dengan taklimat pengenalan mengenai struktur organisasi, peranan, dan tanggungjawab TUDB. Para pelawat kemudiannya dibawa mengikuti lawatan berpandu bagi melihat dengan lebih dekat pelbagai pesawat, peralatan khusus, serta keupayaan operasi tentera udara.

Sepanjang lawatan tersebut, para murid berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif bersama anggota TUDB, termasuk merasai pengalaman mengendalikan peralatan operasi, mencuba pakaian seragam Tentera Udara, dan meninjau ke dalam beberapa buah pesawat. Lawatan diakhiri dengan sesi gambar ramai.

Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman para murid mengenai TUDB, memupuk minat awal dalam bidang penerbangan dan khidmat negara, serta menyumbang kepada perkembangan pendidikan mereka.