​Bandar Seri Begawan, Wednesday, 23 October 2024 –
As part of the Introductory Visit of Major General Kelvin Fan Sui Siong, Chief of the Republic of Singapore Air Force (RSAF), to Brunei Darussalam, a Welcoming Dinner was graciously hosted by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Datin Noraidah binti Haji Ibrahim, spouse of Commander RBAirF.

The event, held to celebrate and strengthen the long-standing ties between the Royal Brunei Air Force and the Republic of Singapore Air Force, began with welcoming Major General Kelvin Fan, his spouse Mrs. Yvonne Li and the RSAF delegation to a captivating Pencak Silat performance. This display of martial arts not only demonstrated Brunei’s cultural depth but also symbolised the RBAirF’s effort to share and strengthen cultural understanding between the two nations. The evening was further enriched by live musical performances from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Band, adding to the festive atmosphere.

The dinner was attended by the RBAirF Board of Executives, senior officers, and invited guests and spouses, providing an opportunity for further engagement and in a more informal setting. The camaraderie shared during the evening underscored the deep bond between the two air forces, reaffirming their joint efforts in promoting regional stability and security.

Major General Kelvin Fan’s Introductory Visit to Brunei represents the continuation of the strong and enduring partnership between the air forces of Brunei and Singapore, built on mutual respect, shared values, and a common goal of safeguarding the security of both nations.


TUDB MENGADAKAN MAJLIS MAKAN MALAM RASMI BAGI LAWATAN PENGENALAN PEMERINTAH TURS KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Bandar Seri Begawan, Rabu, 23 Oktober 2024 – Majlis Makan Malam Rasmi telah dihoskan oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Datin Noraidah binti Haji Ibrahim, isteri kepada Pemerintah TUDB bagi Lawatan Pengenalan Mejar Jeneral Kelvin Fan Sui Siong, Pemerintah Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), ke Negara Brunei Darussalam.​

Acara yang diadakan untuk meraikan dan mengukuhkan hubungan yang telah lama terjalin antara TUDB dan TURS tersebut dimulakan dengan menyambut Mejar Jeneral Kelvin Fan, isteri beliau Puan Yvonne Li dan delegasi RSAF dengan satu persembahan Pencak Silat. Persembahan seni mempertahankan diri ini bukan sahaja memperlihatkan kekayaan budaya Brunei, tetapi juga melambangkan usaha TUDB untuk berkongsi dan memperkukuhkan kefahaman budaya antara kedua-dua negara. Makan malam tersebut turut diserikan dengan persembahan muzik secara langsung oleh Pasukan Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), sekaligus menambahkan lagi kemeriahan suasana majlis tersebut.

Makan malam itu turut dihadiri oleh Badan Eksekutif TUDB, pegawai-pegawai kanan, dan tetamu jemputan dan isteri, membolehkan para jemputan untuk berinteraksi dengan lebih mendalam di dalam suasana yang informal. Interaksi para jemputan di sepanjang makan malam tersebut melambangkan hubungan erat antara kedua-dua angkatan udara, yang amat bermakna dalam usaha bersama kedua-dua tentera udara dalam mempromosikan kestabilan dan keselamatan serantau.

Lawatan Pengenalan Mejar Jeneral Kelvin Fan ke Brunei adalah satu kesinambungan kerjasama yang kukuh dan berpanjangan antara TUDB dan RSAF, yang dibina atas nilai saling hormat menghormati, saling berkongsi, dan persefahaman bersama dalam menjaga keselamatan kedua-dua negara.