
KAMPONG LAMBAK KIRI, Tuesday, 31 March 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) was invited to conduct a motivational session as part of the Kem Sentuhan Awal programme at Sekolah Menengah Lambak Kiri (SMLK). The session was held for Year 11 students preparing for their 2026 GCE ‘O’ Level and IGCSE examinations.
The RBAirF was represented by three officers who are alumni of the school: Lieutenant (U) Abdul Qawie bin Abidin, Lieutenant (U) Abdul Mu’adz bin Abdullah, and Lieutenant (U) Haji Mohammad Nasrullah bin Haji Mohamad Hidin. Their participation underscored a strong sense of institutional continuity and served as an inspiration to the students.
During the session, the officers shared insights into their respective career pathways, emphasizing the core values of discipline, resilience, and strategic goal-setting. Drawing from their military experiences, they highlighted the importance of personal responsibility and perseverance in achieving academic and professional success.
The session not only motivated students to remain focused on their upcoming examinations but also showcased the achievements of former SMLK students now serving the nation with distinction.
The Kem Sentuhan Awal programme reflects the ongoing collaboration between SMLK and the RBAirF in supporting youth development and inspiring future generations to contribute meaningfully to the nation’s progress.




PEGAWAI-PEGAWAI TUDB MENYAMPAIKAN SESI MOTIVASI DI KEM SENTUHAN AWAL
KAMPONG LAMBAK KIRI, Selasa, 31 Mac 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah dijemput untuk mengendalikan sesi motivasi sebagai sebahagian daripada program Kem Sentuhan Awal anjuran Sekolah Menengah Lambak Kiri (SMLK). Sesi tersebut diadakan bagi pelajar-pelajar Tahun 11 yang sedang membuat persediaan bagi peperiksaan GCE ‘O’ Level dan IGCSE 2026.
Pihak TUDB telah diwakili oleh tiga orang Pegawai yang juga merupakan alumni sekolah tersebut, iaitu Leftenan (U) Abdul Qawie bin Abidin, Leftenan (U) Abdul Mu’adz bin Abdullah, dan Leftenan (U) Haji Mohammad Nasrullah bin Haji Mohamad Hidin. Penyertaan mereka bukan sahaja mengukuhkan hubungan silaturahim antara alumni dan sekolah, malah menjadi inspirasi kepada para pelajar.
Semasa sesi tersebut, Pegawai-pegawai berkenaan telah berkongsi pengalaman mengenai laluan kerjaya masing-masing dengan menekankan nilai-nilai murni seperti disiplin, daya tahan, dan penetapan matlamat yang strategik. Berdasarkan pengalaman ketenteraan mereka, para Pegawai tersebut turut menekankan kepentingan tanggungjawab peribadi dan kegigihan dalam mencapai kejayaan akademik serta profesional.
Sesi ini bukan sahaja bertujuan untuk memotivasikan pelajar agar terus fokus terhadap peperiksaan yang akan datang, tetapi juga mempamerkan pencapaian bekas pelajar SMLK yang kini berkhidmat untuk negara dengan penuh dedikasi dan cemerlang.
Program seperti Kem Sentuhan Awal ini mencerminkan kerjasama berterusan antara SMLK dan TUDB dalam menyokong pembangunan belia serta memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk menyumbang secara bermakna kepada kemajuan negara.

