SOCIALIST REPUBLIC OF VIETNAM, Friday, 06 December 2024 – Three officers from the Royal Brunei Air Force (RBAirF) participated in the 11th ASEAN Air Force Junior Officers Interaction Programme (AAFJOIP) held in the Socialist Republic of Vietnam from 01 to 06 December 2024.
The 11th AAFJOIP serves as a vital platform for the Air Forces of ASEAN nations to promote cooperation, mutual understanding and enhance relationships through Junior leadership engagement and dialogue. The programme strengthens the collective capability of the region’s Air Forces to respond to emerging challenges.
Major (U) Maslia binti Nirus, Captain (U) Pengiran Muhammad Hassanal Arif bin Pengiran Ali Sham and Lieutenant (U) Dayangku Rabiatuladawiah binti Pengiran Radzuan represented the RBAirF as they engaged in a series of activities aimed at fostering collaboration and knowledge-sharing among ASEAN Air Forces.
A highlight of the programme was the opportunity for each participating country to share and showcase their capabilities in the information sharing presentation on Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) operations. This session provided a greater understanding of regional capabilities and strategies. The RBAirF officers also participated in cultural and educational activities to Socialist Republic of Vietnam’s historical sites such as the Vietnam Military History Museum and the Air Defence-Air Force Base.




PEGAWAI TUDB SERTAI PROGRAM INTERAKSI PEGAWAI MUDA TENTERA UDARA ASEAN (AAFJOIP) KE-11 DI REPUBLIK SOSIALIS VIETNAM
REPUBLIK SOSIALIS VIETNAM, Juma’at, 06 Disember 2024 - 03 Pegawai-pegawai dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menyertai Program Interaksi Pegawai Muda Tentera Udara ASEAN ke-11 (AAFJOIP) yang berlangsung di Republik Sosialis Vietnam dari 01 hingga 06 Disember 2024.
AAFJOIP Ke-11 berfungsi sebagai platform penting untuk Tentera Udara negara-negara ASEAN dalam mempromosikan kerjasama, saling memahami, dan meningkatkan hubungan melalui penglibatan serta dialog kepimpinan peringkat Junior. Program ini memperkukuh keupayaan kolektif Tentera Udara serantau untuk bertindak balas terhadap cabaran yang semakin berkembang.
Mewakili TUDB ialah Mejar (U) Maslia binti Nirus bersama Kapten (U) Pengiran Muhammad Hassanal Arif bin Pengiran Ali Sham dan Leftenan (U) Dayangku Rabiatuladawiah binti Pengiran Radzuan, yang turut terlibat dalam aktiviti-aktiviti untuk memperkukuhkan kerjasama dan perkongsian ilmu antara tentera udara ASEAN.
Salah satu acara utama dalam program ini adalah peluang bagi setiap negara yang mengambil bahagian untuk berkongsi dan mempamerkan keupayaan mereka melalui pembentangan perkongsian maklumat mengenai operasi Bantuan Kemanusiaan dan Pengurusan Bencana (HADR). Sesi ini memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai keupayaan dan strategi serantau. Pegawai-pegawai TUDB juga turut serta dalam aktiviti kebudayaan dan pendidikan ke tapak-tapak bersejarah di Republik Sosialis Vietnam seperti Muzium Sejarah Ketenteraan Vietnam dan Pangkalan Pertahanan Udara-Tentera.


