TEMBURONG DISTRICT, Friday, 01 March 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) participated in the Ministry of Defence Cleaning Campaign in the Temburong District which focuses on places of worship. The Royal Brunei Air Force concentrated its cleaning efforts at Kampong Puni Mosque which was joined by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of Royal Brunei Air Force.
The campaign started with a Friday Halaqah and a Tazkirah entitled “Cleanliness is a Requirement”, which was then followed by a safety briefing and a warm-up session. The campaign was participated by both RBAirF personnel as well as civilian counterparts from the members of the Mosque Takmir Committee as well as villagers.
The campaign was further enlivened by the visit of Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces, along with senior leadership as well as staff and personnel of the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces.
Various activities such as cleaning drains, removing moss, sweeping dry leaves, clearing debris from fences, and grass cutting were carried out. The campaign managed to accumulate 118 kilograms of waste.
This campaign essentially aims to demonstrate the beneficial impact of fostering a sense of responsibility within the community towards upholding cleanliness in villages and their surroundings. Additionally, it aims to cultivate solidarity among community members in tackling environmental concerns. Moreover, the initiative, which concentrated on places of worship, serves as a charitable act during the month of Sya’aban, thus creating a conducive atmosphere for congregants as they prepare for the upcoming holy month of Ramadhan.



TUDB MENYERTAI KEMPEN KEBERSIHAN MASJID DI DAERAH TEMBURONG
DAERAH TEMBURONG, Juma’at, 01 Mac 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telahpun menyertai kempen kebersihan Kementerian Pertahanan di Daerah Temburong. Yang tertumpu kepada tempat-tempat ibadah. TUDB menumpukan usaha pembersihannya di Masjid Kampong Puni yang turut disertai oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammadd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB.
Kempen tersebut dimulakan dengan Halaqah Jumaat serta Tazkirah bertajuk “Kebersihan Adalah Tuntutan”. Ianya disusuli dengan taklimat keselamatan dan sesi pemanasan badan. Kempen tersebut disertai oleh anggota TUDB dan juga disertai oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Penduduk Kampong setempat.
Kempen tersebut juga telah dikunjungi oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, bersama peringkat kepimpinan dan warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Pelbagai aktiviti seperti membersihkan longkang, membersihkan lumut, menyapu daun-daun kering, membuang semakan pada pagar dan pemotongan rumput telah dijalankan. Kempen ini telah berjaya mengumpul 118 kilogram sampah sarap.
Kempen ini adalah bertujuan untuk menunjukkan faedah dalam memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat ke arah menjaga kebersihan di kampong dan persekitaran mereka. Selain itu, ianya bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dalam menangani isu-isu alam sekitar. Lebih-lebih lagi, inisiatif yang tertumpu kepada tempat ibadah itu adalah sebagai amal kebajikan sepanjang bulan Sya’aban serta menyediakan persekitaran yang kondusif kepada jemaah dalam persiapan menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang bakal menjelang.

