BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 15 July 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) participated in the Royal Guard of Honour Ceremony held in conjunction with the celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 80th Birthday at Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

The RBAirF’s participation consisted of 109 male personnel across two contingents. Major (Udara) Muhammad Radzi bin Haji Amin commanded the First Contingent. Captain (Udara) Muhammad Afiq bin Haji Abdul Rahman commanded the Second Contingent. Additionally, Captain (Udara) Amirah Hazirah Qawiemah binti Abdul Ghani led the Second Contingent of the Combined Women Military Personnel, which included 26 RBAirF personnel.

Upon His Majesty’s arrival, His Majesty was escorted to the Royal Dais to receive the Royal Salute, followed by the National Anthem “Allah Peliharakan Sultan”, orchestrated by the combined bands of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the Royal Brunei Police Force (RBPF). A customary 21-gun salute was then fired at the grounds of Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien in honour of His Majesty’s Birthday.

The ceremony concluded with a three-fold proclamation of “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” by all participating contingents, followed by a 12-aircraft flypast by RBAirF aircrafts:

  • Blue Formation: Featured eight (08) Sikorsky S-70i Black Hawk helicopters from No. 11 Squadron flew in an arrowhead formation, led by Captain (Udara) Asma Ahmad Farisulamin bin Haji Mohamad Sultan.
  • Eagle Formation: All four (04) Airbus C295MW aircraft from No. 15 Squadron executed a double right echelon formation. Major (Udara) Mohamad Adieb bin Abdul Rahman led the formation. Marking the inaugural full-fleet formation flypast of the RBAirF’s C295MW aircraft.

The flypast showcased seamless coordination among aircrew, engineers, and support teams, highlighting the RBAirF’s precision and operational excellence. Ultimately, this participation reinforces the RBAirF’s unwavering loyalty to His Majesty and underscores the RBAF’s enduring commitment to safeguarding national sovereignty.

TUDB MENYERTAI ISTIADAT BARISAN KEHORMATAN BAGI SAMBUTAN HARI  KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-80

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Julai 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menyertai Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-80 yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.  

Penyertaan TUDB terdiri daripada 109 anggota lelaki yang dibahagikan kepada dua kontinjen. Kontinjen Pertama diketuai oleh Mejar (Udara) Muhammad Radzi bin Haji Amin, manakala Kontinjen Kedua diketuai oleh Kapten (Udara) Muhammad Afiq bin Haji Abdul Rahman. Di samping itu, Kapten (Udara) Amirah Hazirah Qawiemah binti Abdul Ghani mengetuai Kontinjen Kedua Kawalan Gabungan Askar Wanita, yang merangkumi 26 anggota wanita TUDB.

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung menaiki Pentas Diraja untuk menerima Tabik Hormat Diraja dan diiringi dengan Lagu Kebangsaan “Allah Peliharakan Sultan” yang dipersembahkan oleh gabungan Pasukan Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan di perkarangan Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien sebagai penghormatan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Istiadat tersebut diakhiri dengan laungan tiga kali “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” oleh seluruh pasukan yang mengambil bahagian dan disusuli dengan terbang lalu yang melibatkan 12 buah pesawat TUDB:

  • Formasi Biru (Blue Formation): Menampilkan lapan (08) buah helikopter Sikorsky S-70i Black Hawk dari Skuadron No. 11 yang terbang dalam formasi anak panah (arrowhead), diketuai oleh Kapten (Udara) Asma Ahmad Farisulamin bin Haji Mohamad Sultan.
  • Formasi Helang (Eagle Formation): Kesemua empat (04) buah pesawat Airbus C295MW dari Skuadron No. 15 melakukan formasi ‘double right echelon‘, diketuai oleh Mejar (Udara) Mohamad Adieb bin Abdul Rahman. Acara ini menandakan julung kalinya formasi penuh seluruh fleet bagi pesawat C295MW TUDB dilaksanakan.

Persembahan terbang lalu udara tersebut mempamerkan penyelarasan yang lancar antara anak kapal, jurutera, dan elemen sokongan, sekali gus menonjolkan ketepatan serta kecemerlangan operasi TUDB. Pada keseluruhannya, penyertaan ini mengukuhkan lagi ikrar taat setia TUDB yang tidak berbelah bahagi Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menegaskan komitmen berterusan ABDB dalam mempertahankan kedaulatan negara.