RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 16 May 2025 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Presentation of
Watiqah or Letters of Credence to Royal Brunei Air Force (RBAirF) Officers graduates from the 21st Intake of Officer Cadet School, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) was held with full ceremonial honours at Ruang Legar Rajawali, RBAirF Headquarters. This significant occasion symbolises the formal commissioning of officers who successfully completed their Officer Cadet School training.
The ceremony was officiated by Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF, and attended by the Board of Executives and Senior Officers of RBAirF.
The
Watiqah, or Royal Letter of Credence, serves as an official mandate conferring the rank of Lieutenant (U) upon the officers from the 21st Intake. It affirms their demonstrated loyalty, courage, and commendable conduct, and entrusts them with the duty to lead with honour, uphold military discipline, and adhere to lawful orders from their superiors in accordance with military law and the rules of engagement. Their commissioning signifies the sovereign trust placed upon them to carry out their duties with unwavering dedication and integrity.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the declaration of the letter and the individual presentation of commissions by the Guest of Honour. The event not only marked the official start of their military careers but also embodied the core values of the RBAirF: Service Above Self, Teamwork, and Excellence—principles which will guide them in defending the sovereignty and peace of the nation.




TUDB MENYAMPAIKAN SIJIL WATIQAH PERLANTIKAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI PENGAMBILAN KE-21
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 16 Mei 2025 – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Majlis Penyampaian Watiqah atau Surat Tauliah kepada pegawai-pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) daripada Pengambilan ke-21 Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berlangsung dengan penuh adat istiadat di Ruang Legar Rajawali, Markas TUDB. Majlis yang penuh bermakna ini melambangkan pelantikan rasmi pegawai-pegawai yang telah berjaya menamatkan latihan di Sekolah Pegawai Kadet.
Majlis telah disempurnakan oleh Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB dan dihadiri oleh Lembaga Eksekutif serta Pegawai Kanan TUDB.
Watiqah atau Surat Tauliah Diraja merupakan mandat rasmi yang menganugerahkan pangkat Leftenan (U) kepada pegawai-pegawai daripada Pengambilan ke-21. Ia menegaskan kesetiaan, keberanian, dan kelakuan terpuji yang telah ditunjukkan oleh mereka serta memberi kepercayaan untuk memimpin dengan integriti, menegakkan disiplin ketenteraan, dan mematuhi arahan yang sah daripada pegawai atasan mengikut undang-undang ketenteraan dan peraturan perkhidmatan. Pelantikan ini mencerminkan kepercayaan tertinggi yang diberikan oleh raja untuk mereka melaksanakan tugas dengan dedikasi dan integriti yang tidak berbelah bahagi.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan pembacaan pengisytiharan watiqah dan penyampaian tauliah secara individu oleh Tetamu Kehormat. Majlis ini bukan sahaja menandakan permulaan rasmi kerjaya ketenteraan mereka, tetapi turut mencerminkan nilai-nilai teras TUDB iaitu: Berkhidmat Melebihi Diri Sendiri, Kerja Berpasukan, dan Kecemerlangan—prinsip yang akan membimbing mereka dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.

