
RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 10 April 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) commemorated Hari Raya Aidilfitri with a vibrant celebration at Hangar B, aimed at bolstering unity and esprit de corps among its personnel. The event brought together uniformed members and civilian staff in a festive atmosphere that reflected the Service’s strong sense of camaraderie.
Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF, attended as the Guest of Honour. During the event, he visited various festive booths organised by RBAirF Headquarters, Group Headquarters, and respective Wings. These creatively decorated booths showcased traditional delicacies and highlighted the collective innovation and teamwork of the participating units.
Beyond the festivities, the event underscored the importance of organisational cohesion and the RBAirF’s commitment to fostering a resilient force. By strengthening interpersonal bonds and mutual respect, the RBAirF continues to enhance its operational effectiveness and mission readiness.






TUDB MEMPERKUKUH UKHUWAH MELALUI SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 10 April 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun kali ini dengan majlis yang penuh meriah bagi memperkukuh perpaduan, esprit de corps, dan keutuhan organisasi dalam kalangan anggotanya. Majlis tersebut yang diadakan di Hangar B, menghimpunkan anggota beruniform serta kakitangan awam dalam suasana perayaan yang inklusif, sekali gus mencerminkan semangat setiakawan yang mendalam dalam perkhidmatan tersebut.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB, yang berkesempatan beramah mesra bersama anggota di pelbagai pondok perayaan yang disediakan oleh Markas TUDB, Markas Kumpulan, dan Cawangan-Cawangan. Pondok-pondok yang dihias kreatif dengan pelbagai hidangan tradisional tersebut bukan sahaja menunjukkan penghargaan budaya, malah mempamerkan usaha kolektif, inovasi, dan kerjasama berpasukan bagi setiap unit yang mengambil bahagian. Selain suasana keraian, majlis ini turut menekankan kepentingan perpaduan di semua peringkat organisasi, di samping mengukuhkan nilai hormat-menghormati, profesionalisme, dan matlamat bersama. Ia juga menyerlahkan komitmen berterusan TUDB dalam membina angkatan yang bersepadu dan berdaya tahan, di mana hubungan interpersonal yang erat menyumbang secara langsung kepada keberkesanan operasi dan kesiapsiagaan misi.




