JAKARTA, REPUBLIC OF INDONESIA, Tuesday, 29 July 2025 — The 10th Air Working Group (AWG) Meeting between the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Indonesian Air Force (IDAF) was successfully convened in Jakarta, Republic of Indonesia from 29 to 31 July 2025.

Co-chaired by Air Commodore Mohamad Satriyo Utomo, Deputy Assistant to Chief of Staff for Operations, IDAF, and Lieutenant Colonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, Commander Operations Group, RBAirF, the meeting featured extensive deliberations on training cooperation, exchange programmes, joint initiatives, as well as other avenues intending to further enhance bilateral Air Force relations.

The meeting concluded with the signing of the Minutes of the Meeting held during a hosted dinner, encouraging informal interactions intended at fostering greater camaraderie. The event was commemorated with an exchange of plaques and gifts between the delegations.

The RBAirF delegation were also afforded the opportunity to visit Air Squadron 2 at Halim Perdanakusuma Airbase. The visit was graciously hosted by Lieutenant Colonel Pnb Ari Wicaksono, Commandant Air Squadron 2, reflecting the spirit of solidarity and mutual respect.

Additionally, the delegation also toured Museum Satria Mandala under the guidance of Lieutenant Colonel Adm Barus Sapruden, Head of Museum Satria Mandala, gaining valuable insights into the proud heritage of the Indonesian National Armed Forces.

Closing remarks by both co-chairmen reasserted pledges toward unrelenting partnerships, with the signing of the Minutes of Meeting symbolizing yet another milestone in the long-standing friendship as well as cooperations between RBAirF and IDAF.


TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI DAN TENTARA NASIONAL INDONESIA ANGKATAN UDARA TINGKATKAN KERJASAMA DUA HALA DI MESYUARAT KUMPULAN KERJA UDARA KE-10

JAKARTA, REPUBLIK INDONESIA, Selasa, 29 Julai 2025 — Mesyuarat Kumpulan Kerja Udara (KKU) ke-10 antara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU) telah selesai dilaksanakan di Jakarta, Republik Indonesia dari 29 sehingga 31 Julai 2025.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh Komodor Udara Mohamad Satriyo Utomo, Timbalan Penolong Ketua Staf TNI-AU bagi Operasi, dan Leftenan Kolonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, Pemerintah Kumpulan Gerakan TUDB. Kedua-dua delegasi telah mengadakan perbincangan menyeluruh meliputi kerjasama latihan, interaksi, program pertukaran dan potensi untuk memperkukuhkan lagi kerjasama serta hubungan dua hala di antara kedua-dua Tentera Udara sahabat.

Mesyuarat ini diakhiri dengan penandatanganan Minit Mesyuarat serta pertukaran plak kenang-kenangan sebagai simbol tanda penghargaan. Majlis makan malam rasmi juga telah diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan kedua-dua Tentera Udara, di mana pertukaran cenderahati turut diadakan menandakan keakraban kedua-dua belah pihak.

Pada mesyuarat kali ini, delegasi TUDB telah dijemput melawat ke Skadron Udara 2 bertempat di Lanud Halim Perdanakusuma yang dihoskan oleh Leftenan Kolonel Pnb Ari Wicaksono, Komandan Skadron Udara 2, menzahirkan lagi semangat kerjasama, kesefahaman dan saling hormat menghormati di antara kedua-dua Tentera Udara. Selain itu, para delegasi turut berkesempatan mengunjungi Muzium Satria Mandala untuk melihat secara lebih dekat sejarah serta warisan kebanggaan TNI. Lawatan tersebut disambut dengan mesra oleh Leftenan Kolonel Adm Barus Sapruden, Kepala Museum Satria Mandala.

Mesyuarat KKU ke-10 ditutup dengan ucapan penutup dari kedua-dua Pengerusi Bersama, yang menegaskan komitmen untuk meneruskan kerjasama erat. Penandatanganan Minit Mesyuarat kali ini menandakan satu lagi pencapaian dalam memperkukuh persahabatan dan hubungan kerjasama antara TUDB dan TNI-AU.