RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 07 August 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Khatam Al-Qur’an ceremony in conjunction with the 80th Birthday Celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. The ceremony was held at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.
Present as the Guest of Honour was Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF. Also present were senior officers, officers, and personnel of the RBAirF.
The ceremony commenced with the recitation of Sayyidul Istighfar, followed by the Khatam Al-Qur’an recitation, Takhtim, Tahlil and Doa Khatam Al-Qur’an. The event was further enlivened by the recitation of Dikir Marhaban.
The Khatam Al-Qur’an ceremony was held as a special pesambah in honour of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam in seeking the blessings of Allah Subhanahu Wa Ta’ala for His Majesty’s longevity, continued good health and guidance in leading Brunei Darussalam.





MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-80
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 07 Ogos 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al- Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-80 bertempat di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota TUDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, diikuti dengan bacaan Khatam Al- Qur’an, Takhtim, Tahlil serta Doa Khatam. Majlis seterusnya diserikan lagi dengan bacaan Dikir Marhaban.
Majlis Khatam Al-Qur’an ini merupakan pesambah istimewa Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menzahirkan penuh kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar Baginda sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, lanjut usia dan kesihatan yang baik dalam memerintah Negara Brunei Darussalam.


