RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 31 July 2024 – The 2nd Air Working Group (AWG) Meeting between The Royal Brunei Air Force (RBAirF) and The Republic of Singapore Air Force (RSAF) was held successfully at Rimba Air Force Base from 30 July 2024 to 01 August 2024.

The 2nd AWG was Co-Chaired by Colonel (U) Haji Mohd Albadii Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, Chief of Staff from RBAirF and Brigadier General Ho Kum Luen, Chief of Staff – Air Staff, RSAF. Delegations from RBAirF and RSAF discussed various aspects of collaboration that elevates the cooperation between both Air Forces by further developing training, interactions and exchanges. The 2nd AWG officially concluded with closing remarks from both Co-Chairmen and the signing of 2nd AWG Minutes of Meeting.

The RSAF delegation also had the opportunity to tour the RBAirF facilities and were prepared with a static display showcasing RBAirF assets and equipment from RBAirF Operations and Support Group. The 2nd AWG came to a close with an official dinner organised by RBAirF to signify the end of the meeting.


KELOMPOK KERJA UDARA TUDB – TURS KE-2 2024

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 31 Julai 2024 – Mesyuarat Kelompok Kerja Udara (KKU) antara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Udara Republik Singapura (TURS) telah berlangsung dengan jayanya di Pangkalan Tentera Udara Rimba pada 30 Julai hingga 01 Ogos 2024.

KKU ini dipengerusikan bersama oleh Kolonel (U) Haji Mohd Albadii Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, Ketua Staf daripada TUDB, manakala mewakili pihak TURS adalah Brigedier Jeneral Ho Kum Luen,
Chief of Staff – Air Staff. Mesyuarat pada kali ini bertujuan untuk mengembangkan lagi latihan, interaksi dan pertukaran antara TUDB dan TURS yang telah dijalankan pada tahun ini dan tahun-tahun sebelum yang mana akan dapat meningkatkan kerjasama antara TUDB dan TURS. Mesyuarat KKU ke-2 diakhiri dengan ucapan penutup daripada kedua-dua Pengerusi Bersama dan menandatangani minit Mesyuarat KKU ke-2.

Rombongan TURS juga berkesempatan untuk membuat lawatan ke kemudahan-kemudahan TUDB dan dipamerkan dengan pameran statik mengenai aset dan peralatan TUDB dari Kumpulan Gerak dan Bantu. KKU ke-2 diakhiri dengan makan malam rasmi yang dianjurkan oleh TUDB untuk menandakan berakhirnya mesyuarat tersebut.