﷽
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
الحَمْدُ لله رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّـلَاةُ وَالسَّـلَامُ عَلى أَشْـرَفِ الأَنْبِيَـاءِ وَالمُرْسَلِيْـنَ وَعَلٰى اٰلِهٖ وَصَحْبِهٖ اَجْمَعِيْنَ
Segala puji dan syukur ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala, selawat serta salam ke atas Rasul junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, kaum kerabat, para sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur dan taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua kita berpeluang untuk sama-sama menyambut kedatangan bulan Ramadhan 1445H/2024M yang akan bermula pada 01 Ramadhan 1445H bersamaan dengan 12 Mac 2024.
Sebagai umat Islam, kita disarankan untuk merebut peluang yang ada untuk memperbanyakkan ibadah kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan mengaut seberapa banyak pahala yang kita mampu kerana Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan dan keistimewaan. Di samping itu, Ramadhan adalah bulan untuk kita merenungkan nilai-nilai keagamaan dan keberkatan yang ada maka bulan ini adalah masa yang tepat untuk kita mensyukuri apa jua nikmat yang Allah SWT berikan dan juga mengambil kesempatan untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim terutamanya bersama keluarga. Walau apa jua ujian yang kita hadapi, kita juga harus menunjukkan kasih sayang dan rasa pemedulian kepada saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik.
Dikesempatan ini Saya serta ahli keluarga dengan segala ketulusan dan kerendahan hati mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1445H kepada semua warga dan anggota Tentera Udara Diraja Brunei. Semoga semua amalan dan amal ibadah di sepanjang bulan Ramadhan ini akan diterima dan mendapat redha, ganjaran serta sebaik-baik keberkatan dan kerahmatan daripada Allah Subhanahu Wa’Taala jua. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.
Salam Ramadhan. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.
وَبِاللهِ التَّوْفِيْقُ والهِدَايَةُ وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ