RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 24 June 2025 – The RBAirF marked a significant milestone with the Unmanned Aerial System (UAS) Badge Presentation Ceremony for its first locally-conducted Basic Operator Course. This achievement shows the RBAirF commitment in its efforts to enhance its Intelligence, Surveillance, and Reconnaissance (ISR) capabilities, particularly in safeguarding the borders and maritime areas.

Four local UAS instructors, trained at INSITU, Washington, United States of America in late 2024 conducted the 15-week course that comprised intensive theoretical lessons, simulator-based training, and live flying exercises. The curriculum was structured to develop not only technical proficiency but also the operational confidence necessary for conducting ISR missions in support of the wider RBAF.

The RBAirF welcomed a new generation of skilled UAS operators as eleven new qualified UAS operators from 39 Squadron, No. 3 Wing successful completed the course with high levels of professionalism and technical competence. This highlights the effectiveness of locally delivered training. The successful execution of this course and the induction of 11 qualified operators represent another key milestone in 39 Squadron’s journey toward achieving Full Operational Capability (FOC).

The UAS Badge Presentation Ceremony was graced by Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF during the RBAirF 59th Anniversary celebrations at the RBAirF Sports Complex. Also in attendance were members of the RBAirF Executive Body, senior officers, officers, and personnel of the RBAirF.

This event reflects RBAirF’s continued commitment to developing its human resources towards ensuring operational excellence. RBAirF extends its congratulations to all recipients on their achievements.


MAJLIS PENYAMPAIAN LENCANA SAYAP PENGENDALI PESAWAT TANPA PEMANDU

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 24 Jun 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mencatat satu lagi pencapaian penting menerusi Majlis Penyampaian Lencana bagi Kursus Asas Operator Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAS) yang pertama kali dikendalikan sepenuhnya secara tempatan. Pencapaian ini mencerminkan komitmen TUDB dalam usaha mempertingkatkan keupayaan Perisikan, Pemantauan dan Peninjauan (ISR), khususnya dalam menjaga keselamatan sempadan dan kawasan perairan negara.

Empat orang jurulatih UAS tempatan yang telah mengikuti Kursus Jurulatih UAS di INSITU, Washington, Amerika Syarikat pada penghujung tahun 2024 telah mengendalikan kursus selama 15 minggu ini, yang merangkumi sesi teori intensif, latihan simulasi, dan latihan penerbangan secara langsung. Kurikulum ini telah direka bentuk untuk membangunkan kemahiran teknikal serta keyakinan operasi yang diperlukan bagi melaksanakan misi ISR dalam mendokong tugasan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

TUDB menyambut kehadiran generasi baharu pengendali UAS berkemahiran tinggi apabila seramai sebelas anggota dari 39 Skuadron, Cawangan No. 3 berjaya menamatkan kursus dengan tahap profesionalisme dan kompetensi teknikal yang tinggi. Kejayaan ini menonjolkan keberkesanan latihan yang dilaksanakan secara tempatan. Pelaksanaan kursus ini serta pengiktirafan sebelas pengendali yang layak mencerminkan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan 39 Skuadron ke arah mencapai Keupayaan Operasi Penuh (Full Operational Capability – FOC).

Majlis Penyampaian Lencana ini telah disempurnakan oleh Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB, semasa Sambutan Hari Ulang Tahun TUDB ke-59 yang berlangsung di Kompleks Sukan TUDB, Pangkalan Udara Rimba. Turut hadir ialah ahli-ahli Badan Eksekutif TUDB, pegawai-pegawai kanan, para pegawai serta anggota TUDB.

Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan TUDB dalam pembangunan sumber manusia ke arah kecemerlangan operasi. TUDB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima atas kejayaan mereka.