Pangkalan Rimba, Jumaat, 20 Mei 2016 – Pada 13 Sya’ban 1437 bersamaan dengan 20 Mei 2016, Cawangan No 5 Wing Tentera Udara Diraja Brunei telah menerima pucuk pimpinan yang baru. Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah No 5 Wing ini adalah diantara yang mulia 457 Mej (U) Mohd Eswandy bin Haji Junaidi dan yang mulia 605 Mej (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosely. Upacara ini telah berlangsung di dalam Hangar B, Pangkalan Rimba.Yang hadir menyaksikan upacara tersebut ialah semua warga tentera dan kakitangan awam No 5 Wing. Upacara dimulakan dengan Pegawai Pemerintah memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota No. 5 Wing dan seterusnya menyampaikan ucapan yang terakhir.
Acara diteruskan dengan Pegawai Pemerintah menandatangani Sijil Serah Terima Tugas dengan Pegawai Pemerintah No 5 Wing baru dan diikuti dengan pembacaan doa khas bagi upacara tersebut yang dibaca oleh Guru Ugama TUDB Ustaz Othman bin Mohd Nur. Pegawai Pemerintah No 5 Wing seterusnya menerima kehormatan yang terakhir dan upacara diakhiri dengan Pegawai Pemerintah baru memeriksa Kawalan Kehormatan.
Mej (U) Mohd Eswandy akan menjawat jawatan di Jabatanarah Logistik, Kementerian Pertahanan sebagai Pegawai Turus Pemeliharaan.
No 5 Wing Commanding Officer Handover/Takeover Ceremony
Rimba Base, Friday, 20 May 2016 – On 13 Sya’ban 1437 (20 My 2016), No 5 Wing has received a new Commanding Officer (CO). The change in command ceremony for the CO of No 5 Wing, Royal Brunei Air Force was between 457 Maj (U) Mohd Eswandy bin Haji Junaidi and newly appointed 605 Mej (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosely. The ceremony took place in Hangar B at Rimba Base.
Attending the event are No. 5 Wing military personnel and civilian staff. The ceremony began with the CO inspecting the Guard of Honour which consisted No. 5 Wing personnel and delivered his final speech.
The ceremony continued with CO signing of the Handover Takeover Certificate with the new CO, followed by a doa read by Ustaz Othman bin Mohd Nur. CO 5 Wing then received his final salute from the Guard of Honour and the first inspection of the Guard of Honour by the new CO 5 Wing marked the end of the ceremony.
Maj (U) Eswandy will resume his new appointment as Staff Officer Maintenance in the Directorate of Logistic, Ministry of Defence.



