SINGAPURA, Selasa, 08 September 2015 – Pelancaran Buku Ex Airguard ke 20 tahun telah berlangsung di Auditorium Chong Pang Camp, Republik Singapura. Pelancaran buku ini, telah dirasmikan oleh kedua-dua Pemerintah Tentera Udara di antara Republik Singapura dan Negara Brunei Darussalam.Mejar Jeneral Hoo Cher Mou, Pemerintah Tentera Udara Republik Singapura dan Brigadier Jeneral (U) Dato Haji Wardi, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei menandatangani buku Ex Airguard 20 dan seterusnya penyerahan bagi pertukaran buku Ex Airguard 20 tersebut berlangsung di antara kedua-dua pemerintah. Acara tersebut adalah merupakan antara aturcara majlis pada petang itu. Antara yang turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kontinjen yang ikut serta di dalam Latihan Airguard.
Buku tersebut adalah bagi memperingati sepanjang Ex Airguard yang telah mencapai usianya dua dekat. Sebelum ini buku Airguard 10 pernah diterbitkan dan dirasmikan pada Ogos 2004.

