​

BUKIT AGOK, Thursday, 10 November 2022 – The Closing Ceremony of the 26th Exercise AIRGUARD between No. 2 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) and 18 Divisional Air Defence Artillery Battalion, Republic of Singapore Air Force (18 DA Bn RSAF) took place today at Bukit Agok Firing Range.

Present as the Guests of Honour were Colonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Commander of Operations Group, RBAirF and Lieutenant Colonel Lau Kai Heng, Anthony, Commander of Divisional Air Defence Group (DAG), RSAF. Upon arrival, both were welcomed with an honorary salute and finally, to conclude the 26th anniversary of Exercise AIRGUARD. The ceremony witnessed a speech by the Commander of DAG RSAF and a closing remark by the Commander of Operations Group, RBAirF. Subsequently, the ceremony then proceeded with the handing over the AIRGUARD flag as a symbol of officially handing over the duty as host country for the upcoming Exercise AIRGUARD which will be held in Republic of Singapore next year.

The Commander of Operations Group, RBAirF also shared in his remarks stating that Exercise AIRGUARD provides realistic training for Ground-Based Air Defence (GBAD) operators for the RSAF and RBAirF which was conducted annually since 1994. He also acknowledged Exercise AIRGUARD as an important instrument through which both RBAirF and RSAF GBAD units validate and test their concepts, procedures, tactics and systems. Colonel (U) Hishamuddin also highlighted that this exercise also prepared GBAD operators for deployment in theatres of operation to test capabilities and practise working together efficiently in a challenging situation. He also stated that Exercise AIRGUARD also allows the personnel to interact, build mutual trust and foster stronger friendships, apart from developing personnel’s skills, knowledge and experience.

Exercise AIRGUARD is recognised as one of the significant platforms to promote military cooperation between the two air forces as well as a reflection of the long-standing and close relationship between Brunei Darussalam and Republic of Singapore.







EKSESAIS AIRGUARD YANG KE-26 SELESAI

BUKIT AGOK, Khamis, 10 November 2022 – Upacara Penutup Eksesais AIRGUARD yang ke-26 di antara Cawangan No. 2, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan 18 DA Air Defence Artillery Battalion, Tentera Udara Republik Singapura (TURS) telah berlangsung pada hari ini di Padang Tembak Bukit Agok.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis adalah Kolonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Pemerintah Kumpulan Gerakan TUDB dan Leftenan Kolonel Lau Kai Heng, Anthony Pemerintah Divisional Air Defenece Group (DAG) TURS. Sejurus ketibaan kedua-dua Tetamu Kehormat, kedua-duanya disambut dengan tabik hormat dan seterusnya menutup Eksesais AIRGUARD yang ke-26. Upacara tersebut dimulakan dengan ucapan daripada Pemerintah DAG TURS dan diakhiri dengan Ucapan Penutup yang disampaikan Pemerintah Kumpulan Gerakan TUDB. Upacara diteruskan dengan penyerahan bendera AIRGUARD yangmana ianya adalah sebagai simbol penyerahan rasmi tugas sebagai hos bagi Eksesais AIRGUARD akan datang yang akan diadakan di Republik Singapura pada tahun hadapan.

Pemerintah Kumpulan Gerakan juga turut berkongsi didalam ucapan beliau bahawa Eksesais AIRGUARD ini mempraktikkan latihan yang realistik dari segi Pertahanan Udara diantara kedua-dua belah pihak sejak tahun 1994. Beliau juga menyatakan bahawa Eksesais AIRGUARD membolehkan unit Pertahanan Udara TUDB dan TURS untuk mempraktik konsep, prosedur, taktik dan sistem. Kolonel (U) Hishamuddin juga menerangkan bahawa eksesais seperti ini dapat mempersiapkan anggota bagi tugas di dalam operasi untuk menguji keupayaan berkumpulan didalam situasi yang mencabar.  Beliau juga menambah bahawa Eksesais AIRGUARD ini memberi peluang kepada anggota-anggota untuk berinteraksi, membina kepercayaan, dan setiakawan yang kuat, selain daripada meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman anggota.

Eksesais ini telah dikenali sebagai salah satu platform yang signifikan dalam mempamerkan kerjasama ketenteraan antara kedua-dua Tentera Udara serta sebagai refleksi bagi hubungan rapat diantara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Singapura.