I

BOLKIAH GARRISON, Sunday, 8 November 2026 – A contingent of 43 personnel from the Royal Brunei Air Force (RBAirF) participated in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Half Marathon and 10km Race 2026. Held at the Mini Stadium, Bolkiah Garrison, the event was organized in conjunction with the 65th Anniversary of the RBAF.

The competition brought together service members from the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), and RBAirF, alongside a Combined Team representing the Ministry of Defence (MINDEF), Special Forces Regiment (SFR), Defence Academy RBAF (DA RBAF), and the Training Institute RBAF (TI RBAF). Underscoring inter-agency camaraderie, a special category featured invited external institutions, including the Royal Brunei Police Force (RBPF), Gurkha Security Unit (GSU), Royal Gurkha Rifles (RGR), Brunei Fire and Rescue Department, and the Prisons Department. In total, 245 athletes took part, comprising 170 RBAF personnel and 75 external agency representatives.

The 21.1km Half Marathon was officially flagged off by Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF.

Demonstrating exceptional endurance, physical excellence, and steadfast sportsmanship, RBAirF personnel delivered commendable performances across various categories. Among the notable triumphs, Corporal (U) Suhaina binti Razali clinched an impressive second place in the Women’s Open 21.1km category. Furthermore, the RBAirF Men’s Team secured third place in the competitive Men’s 21.1km Team Event, finishing closely behind the Combined Team and the RBLF.

This annual event stands as a cornerstone initiative to foster physical fitness, sporting excellence, and esprit de corps among RBAF personnel. The integration of external agencies further solidified operational synergy, mutual cooperation, and fellowship through sport, marking a distinguished celebration of the RBAF’s 65th Anniversary.

TUDB SERTAI ACARA SEPARUH MARATON DAN LARIAN 10KM ABDB 2026

BOLKIAH GARRISON, Ahad, 8 November 2026 – Seramai 43 anggota daripada Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menyertai acara Separuh Maraton Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Larian 10km 2026. Acara tersebut yang berlangsung di Stadium Mini, Bolkiah Garrison, diadakan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB yang ke-65.

Kejohanan ini telah menghimpunkan anggota-anggota tentera daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), dan TUDB, bersama Pasukan Gabungan yang diwakili oleh Kementerian Pertahanan, Rejimen Pasukan Khas (RPK), Akademi Pertahanan ABDB (AP ABDB), dan Institut Latihan ABDB (IL ABDB). Bagi menyemarakkan lagi semangat muhibah antara agensi, kategori khas turut menampilkan agensi-agensi luar yang dijemput, termasuk Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Unit Keselamatan Gurkha, Royal Gurkha Rifles (RGR), Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta Jabatan Penjara. Secara keseluruhan, seramai 245 peserta telah mengambil bahagian, yang terdiri daripada 170 anggota ABDB dan 75 wakil daripada agensi-agensi luar.

Pelepasan (flag-off) bagi acara Separuh Maraton 21.1km telah disempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.

Melalui kecekalan mental, kecemerlangan fizikal, dan semangat kesukanan yang tinggi, para anggota TUDB telah mempamerkan prestasi yang amat membanggakan dalam pelbagai kategori. Antara pencapaian yang cemerlang termasuk Koperal (U) Suhaina binti Razali yang berjaya merangkul tempat kedua dalam kategori Terbuka Wanita 21.1km. Selain itu, Pasukan Lelaki TUDB turut meraih tempat ketiga dalam Acara Berpasukan 21.1km Lelaki yang sengit, mengekori rapat di belakang Pasukan Gabungan dan TDDB.

Acara tahunan ini menjadi platform utama dalam memupuk kecergasan fizikal, kecemerlangan sukan, serta semangat berpasukan (esprit de corps) dalam kalangan anggota ABDB. Penglibatan agensi-agensi luar tersebut memperkukuh lagi sinergi operasi, kerjasama erat, dan hubungan persaudaraan melalui aktiviti sukan, sekali gus menandakan kejayaan sambutan ulang tahun ABDB ke-65.