Rimba Air Force Base, Wednesday, 16 November 2022 – 16 personnel consisting of 15 airmen from 31 Squadron, Royal Brunei Air Force (RBAirF) and 1 personnel from
KOPASGAT, Indonesian Air Force, completed the 2nd Basic & Advance Military Freefall Course which was held at the RBAirF Air Movement Centre (AMC). The Guest of Honour was Colonel (U) Haji Hishamuddin bin Abidin, the Commander of Operations Group. Also present during the event were officers from RBAirF and the Special Force Regiment (SFR).

The ceremony began with a recital of Surah Al-Fatihah, followed by a stack pull demonstration performed by the course participants, and conclude with Military Freefall badges, certificates, and awards presentation. Corporal (U) Mohamad Reduan Bin Mohamad received the best student award due to his outstanding performance. The best Freefall award was presented to Corporal (U) Abdul Quddus bin Matasan.

The four-week course that began on 17th October 2022 aims to produce competent and certified freefall jumpers who can execute decent, stable freefalling and parachuting flights with proper landing techniques. This course is very challenging as it needs a high-demand physical strength and credible mental focus, to perform all air operations activities.

This course contributes to the Combat Search and Rescue project, particularly ‘Troops of insertion’ inaccessible areas. Thus, it is essential for the training to be executed and delivered according to the standard operating procedure.



KURSUS ASAS DAN LANJUTAN

MILITARY FREEFALL
KALI KE-2

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Rabu, 16 November 2022 – Seramai 16 anggota terdiri daripada 15 anggota daripada 31 Skuadron, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan 1 anggota daripada Pasukan KOPASGAT Tentera National Indonesia Angkatan Udara telah menamatkan Kursus Asas dan Lanjutan Terjun Bebas bertempat di Pusat Pergerakan Udara, TUDB. Hadir selaku Tetamu Kehormat adalah Kolonel (U) Haji Hishamuddin Bin Abidin, Pemerintah Kumpulan Gerakan TUDB. Turut hadir bagi acara tersebut ialah pegawai-pegawai daripada TUDB dan Rejimen Pasukan Khas.

Acara dimulakan dengan bacaan Surat Al-Fatihah, diikuti dengan persembahan penerjunan gaya bebas oleh peserta-peserta kursus dan diakhiri dengan penyampaian lencana, sijil dan anugerah-anugerah yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat. 16985 Kpl (U) Mohd Reduan Bin Mohamad menerima Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan. Manakala, 50693 Kpl (U) Abd Quddus Bin Matasan menerimah Anugerah Terjun Bebas Terbaik.

Kursus selama 4 minggu ini bermula pada 17 Oktober 2022 hingga 16 November 2022 ini bertujuan untuk melahirkan penerjun-penerjun yang kompeten bagi melaksanakan tugas terjun payung secara menyeluruh dan kemahiran-kemahiran seperti tatacara keluar daripada pesawat, mengawal payung semasa penerjunan, teknik mendarat dan sebagainya. Kursus ini dijalankan mengikut garis pandu yang telah ditetapkan oleh unit 31 Skuadron sendiri bagi keselamatan semua anggota.

Penerjunan gaya bebas ini adalah sebahagian dari persiapan projek Mencari dan Menyelamat Tempur yang mana ianya menggunakan taktik penyusupan udara ke kawasan zon merah. Oleh itu, kursus ini mengutamakan kekuatan mental dan fizikal daya tahan yang tinggi bagi mempersiapkan setiap anggota dalam menghadapi tugas-tugas yang mencabar.

​