​Rimba Air Force Base, Friday, 6 August 2021 – RBAirF held Khatam Al-Quran function in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 75th birthday at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.

The Khatam Al-Quran is a special
pesambah presented to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. It is also an expression of gratitude and prayers to Allah Subhanahu Wa Ta’ala for His Majesty’s longevity, good health and well-being.

Present at the function was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF. Also present were the RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers and Airmen.

The function commenced with a recitation of Sayyidul Istighfar,
Khatam Al-Quran,
Takhtim and
Tahlil, followed by the Dikir Marhaban and presentation of tokens of appreciation to the
Khatam Al-Quran participants. The function then proceeded with the recitation of
Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam and concluded with the mass Sunat Dhuha prayer and Selawat.


MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-75 TAHUN


Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 6 Ogos 2021 – TUDB telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75 di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Bacaan khatam ini adalah pesambah istimewa Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di samping menzahirkan rasa penuh kesyukuran seraya memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia akan terus dikurniakan nikmat lanjut usia dan kesihatan serta akan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam.

Hadir pada majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Anggota TUDB.

Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Khatam Al-Quran, Takhtim, Tahlil dan diikuti dengan Dikir Marhaban serta penyampaian cenderahati kepada peserta-peserta Khatam Al-Quran. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan diakhiri dengan solat Sunat Dhuha dan laungan selawat.