Bandar Seri Begawan, Thursday, 30 December 2021 – RBAirF has continued to conduct cleaning campaigns at Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong Mosque and Kampong Beribi Mosque, in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces’ (RBAF) Diamond Jubilee.

The cleaning campaigns were led by Lieutenant (U) Pengiran Afiq Ikram bin Pengiran Haji Kamaluddin and Warrant Officer II (U) Pengiran Haji Redzaini bin Pengiran Haji Ahmad at Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong Mosque and at Kampong Beribi Mosque, respectively, alongside 73 RBAirF personnel who were divided into two groups. Local mosque committee were also present and joined in the cleaning campaign activities.

The cleaning campaign for both mosques began with a group photo and recitation of doa by Imam Anwar bin Haji Salim and Imam Awang Abdul Hanif bin Haji Salim, the Imams at  Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong Mosque and Kampong Beribi Mosque respectively, followed by cleaning the surrounding and interior of the buildings.

Apart from providing support in keeping the cleanliness of the mosques, it also aims to promote cleanliness in accordance to the current COVID-19 guidelines, to improve the relationship between the community and RBAF, and to encourage more community service activities.


TUDB MENERUSKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI MASJID SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN ABDB

Bandar Seri Begawan, Khamis, 30 Disember 2021 – TUDB teleh meneruskan kempen kebersihan di Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong dan Masjid Kampong Beribi, sempena Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Kempen kebersihan bagi kedua-dua masjid diketuai oleh Leftenan (U) Pengiran Afiq Ikram  bin Pengiran Haji Kamaluddin dan Pegawai Waran 2 (U) Pengiran Haji Redzaini bin Pengiran Haji Ahmad bersama dengan 73 anggota TUDB yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Turut hadir dalam mengikuti dan membantu aktiviti kempen tersebut adalah ahli-ahli jawatankuasa masjid.

Kempen kebersihan tersebut telah dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan bacaan doa daripada Imam Anwar bin Haji Salim, Masjid Perpindahan Kampong Mata-Mata Gadong dan Imam Awang Abdul Hanif bin Haji Salim, Masjid Kampong Beribi. Aktiviti kempen kebersihan telah dilaksanakan di kawasan sekeliling luar dan dalam bangunan masjid tersebut.

Selain daripada membersihkan dan menjaga penampilan persekitaran masjid, kempen ini mempromosikan kebersihan sesuai dengan garis pandu COVID-19, meningkatkan lagi hubungan di antara penduduk kampong dan warga ABDB, sambil memupuk sikap beramal serta tolong menolong di kalangan masyarakat.