
Present as the Guest of Honour was Major (U) Amierul Halpi bin Talip, Commanding Officer of No. 2 Wing. Also in attendance were Officers, Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs) of No. 2 Wing. The event was also attended by the Squadron Training Officer (STO) and SNCOs of 77 Squadron, No.7 Wing.
The event began with the recitation of
Surah Yassin and
Doa Kesyukuran led by Ustaz Pg Fakhrul Syakirin bin Pg Hj Zainuddin.The event was followed by a speech from the Commanding Officer of No. 2 Wing and presentation of awards for Best NCOs of No.2 Wing for the year 2021. The award for Best SNCO was awarded to Staff Sergeant (U) Mohammad Amirol Elmy Bin Othman from 233 Squadron. While the Best JNCO was awarded to Lance Corporal (U) Md Danial Bin Fidzan from 238 Squadron.
The event continued with a video presentation of all activities conducted by No.2 Wing throughout the year 2021 and concluded with a photo session.



SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN CAWANGAN NO 2, KUMPULAN GERAKAN, TUDB YANG KE 23
Berakas Garison, Selasa, 04 Januari 2022 - Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Sambutan Hari Ulang Tahun yang ke 23 tahun bertempat di Hanger Skuadron 238, Cawangan No.2, TUDB, Garisen Berakas.
Hadir sebagai Tetamu Kehormat ialah Mejar (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah, Cawangan No.2. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai, Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dan PTB Rendah dari Cawangan No. 2. Majlis tersebut juga dihadiri oleh Pegawai Skuadron Latihan, PTB-PTB Kanan dari Skuadron 77, Cawangan No.7.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Doa Kesyukuran yang diketuai oleh Ustaz Pg Fakhrul Syakirin bin Pg Hj Zainuddin. Acara diteruskan dengan ucapan daripada Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2 dan penyampaian anugerah kepada PTB terbaik Cawangan No.2 bagi tahun 2021. Anugerah PTB Kanan Terbaik disandang oleh Staf Sarjan (U) Mohammad Amirol Elmy Bin Othman daripada Skuadron 233. Manakala, bagi anugerah PTB Rendah Terbaik dianugerahkan kepada Lans Koperal (U) Md Danial Bin Fidzan daripada Skuadron 238.
Acara diteruskan dengan menyaksikan video aktiviti yang dijalankan oleh Cawangan No.2 di sepanjang tahun 2021 dan diakhiri dengan sesi begambar ramai.