​Rimba Air Force Base, Monday, 14 February 2022
–
A total of 575 RBAF personnel, consisting of in-service and retired personnel, with the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, received medals for long service and good conduct today.


The award ceremony for 120 recipients from the RBAirF consisting of 84 in-service and 36 retired personnel was held at the RBAirF Parade Square, Rimba AFB and was officiated by Acting Commander of the RBAirF,
Colonel (U) Haji Alirupendi Bin Haji Perudin, as the guest of honour.


This year, in order to adhere to the Ministry of Health’s guidelines for mass gathering during this early endemic phase, the ceremony has been decentralized and conducted simultaneously at the respective RBAF military camps today.



TUDB MENGADAKAN UPACARA PENYAMPAIAN PINGAT KERJA LAMA DAN PERANGAI BAIK (TENTERA) BAGI TAHUN 2018 DAN 2019

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Isnin, 14 Februari 2022-
Seramai 575
orang anggota ABDB, yang masih berkhidmat dan telah bersara,
diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menerima Pingat Kerja Lama dan
Perangai Baik (Tentera).


Upacara penyampaian pingat-pingat berkenaan bagi anggota TUDB yang layak menerimanya seramai 120 orang anggota terdiri daripada 84 anggota yang masih berkhidmat dan 36 anggota yang bersara telah berlangsung di Padang Kawad, PTU Rimba hari ini dan telah disempurnakan oleh Pemangku Pemerintah TUDB, Kolonel (U) Haji Alirupendi Bin Haji Perudin selaku tetamu kehormat majlis.

Pada tahun ini, bagi mengikut
garis pandu dan langkah-langkah bagi perkumpulan ramai yang dibenarkan
semasa fasa awal endemik dalam rangka kerja pemulihan COVID-19 di negara
ini mengikut dasar Kementerian Kesihatan, upacara penyampaian Pingat
Kerja Lama dan Perangai Baik (Tentera) diadakan secara serentak di
perkhemahan-perkhemahan tentera yang lain.