Rimba Air Force Base, Wednesday, 16 February 2022 –The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a thanksgiving event in conjunction with His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince’s 48th Birthday at Surau Al-Barakah, Royal Brunei Air Force Base.
Present as the Guest of Honour was the Commander Operations Group, Lt Col (U) Hishamuddin bin Abidin. Also present were the RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers and personnel of the RBAirF as well as the civilian congregation. The event was conducted in accordance with the SOPs and guidelines set by the Ministry of Health.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Ma’idah Ayat 8-11 by 53483 Sld (U) Md Yusrawadi bin Yusof. This was followed by the Fardhu Maghrib prayer and subsequently the Wirid, Doa and Surah Yassin. The ceremony concluded with the Fardhu Isya ‘prayer.
The event was also held simultaneously at all RBAF garrisons and camps in all four districts.

TUDB MENGADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA YANG KE-48 TAHUN
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Rabu, 16 Februari 2022 – Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Yang Ke-48 Tahun telah diadakan di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara (PTU) bagi peringkat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).
Hadir sebagai Tetamu Kehormat adalah Pemerintah Kumpulan Gerakan, Lt Kol (U) Hishamuddin bin Abidin. Turut hadir adalah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, anggota TUDB dan penduduk awam. Acara dijalankan sepenuhnya mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Ma’idah Ayat 8-11 yang dibaca oleh 53483 Sld (U) Md Yusrawadi bin Yusof. Ini diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Wirid, Doa dan Surah Yassin beramai-ramai. Majlis di akhiri dengan menunaikan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.
Acara ini turut di jalankan serentak di semua garrison dan perkhemahan ABDB di keempat-empat daerah.