Rimba Air Force Base, Wednesday, 16 March 2022 – Lieutenant Colonel (U) Hishamuddin bin Abidin, the Commander Operations Group made a working visit to No. 2 Wing today. The objective for the visit is to get a closer look on the current operation and readiness as well as the welfare of No. 2 Wing personnel.
Upon arrival at 236 Squadron, Rimba AFB, the Commander Operations Group was welcomed by Commanding Officer No. 2 Wing, Major (U) Ameirul Halpi Bin Talip. The opening remarks was delivered by the Commanding Officer No. 2 Wing and was followed by A, Q, G matters and project brief. The program then continued with a visit to the 236 Squadron armoury and barracks.
The visit also included the No. 2 Wing buildings at Berakas Garrison which comprises of 233 Squadron, 238 Squadron, 520 Squadron and No. 2 Wing Headquarters. The Commander Operations Groups was then invited for a photo session with No. 2 Wing personnel followed by a
Muzakarah session. The objective of the session was to give an opportunity for the No. 2 Wing personnel to raise any issues and challenges with regards to their daily taskings and welfare. The Commander Operations Group also signed a commemorative parchment in conjunction with the visit.


LAWATAN KERJA PEGAWAI PEMERINTAH KUMPULAN GERAKAN KE CAWANGAN NO. 2
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Rabu, 16 Mac 2022 – Leftenan Kolonel (U) Hishamuddin Bin Abidin, Pemerintah Kumpulan Gerakan TUDB telah membuat lawatan ke Cawangan No. 2 pada hari ini. Objektif lawatan kerja ini ialah untuk melihat dengan lebih dekat lagi operasi dan tahap kesediaan Cawangan No. 2 serta meninjau kebajikan anggota di cawangan tersebut.
Ketibaan Pemerintah Kumpulan Gerakan ini telah disambut oleh Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2, Mejar (U) Amierul Halpi Bin Talip di Bangunan Skuadron 236 PTU Rimba. Lawatan tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2 dan diteruskan dengan taklimat A, Q dan G serta projek-projek dibawah Cawangan No. 2. Pegawai Pemerintah Kumpulan Gerakan turut melawat ke Stor Senjata dan Barek Bujang Skuadron 236.
Lawatan diteruskan dengan lawatan ke bangunan Cawangan No. 2 di Berakas Garison iaitu Skuadron 233, Skuadron 238, Skuadron 520 dan Markas Cawangan No. 2. Pada lawatan ini juga Pegawai Pemerintah Kumpulan Gerakan berkesempatan untuk bergambar ramai dan membuat sesi Muzakarah dengan anggota Cawangan No. 2. Tujuan Muzakarah tersebut dibuat ialah untuk memberikan peluang kepada anggota Cawangan No. 2 untuk menyuarakan isu-isu serta permasaalahan yang mereka hadapi dalam menjalankan tugas serta perkara-perkara kebajikan. Pegawai Pemerintah Kumpulan Gerakan juga menandatangi lembaran kenangan sempena lawatan kerja tersebut.