
The Basic Clerk Course is a challenging 6 weeks course that aims to improve the quality of clerical duties for personnel of the RBAirF. Their proficiency in staff duties were tested and improved upon with the guidance of qualified and knowledgeable instructors. This course is also a mandatory course for the Clerical vocation for their promotion.


MAJLIS PENUTUP KURSUS KERANI ASAS SIRI 02/2021
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 18 Mac 2022 – Upacara Penutup Kursus Kerani Asas Siri 02/2021 telah diadakan pada hari ini di Dewan Punai, PTU Rimba. Seramai 12 Orang Anggota TUDB Brunei telahpun menamatkan kursus yang dikendalikan oleh Cawangan No. 7 TUDB. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis adalah Leftenan Kolonel (U) Pg Mohd Zulhusmi bin Pg Mohd Roslan, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 7. Turut hadir adalah Pemangku Pegawai Latihan Cawangan No. 7, Ketua-ketua kerani Cawangan TUDB, wakil Ketua Kerani Cawangan dan Jurulatih Bahasa dari Pusat Evolusi, IL ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Ustaz Masrur Fuad bin Haji Asmat. Majlis kemudian diteruskan dengan Ucapan Rasmi Penutup Kursus Kerani Asas Siri 02/2021 oleh ahli peserta Kursus. Penuntut Terbaik Keseluruhan dan Penuntut Terbaik Akademik disandang oleh Soldadu (U) Marlina binti Abdullah. Penuntut Terbaik Pratikal disandang oleh Soldadu (U) Noradina binti Mohammad Mahdi Khairuddin dan Penuntut Terbaik Menaip telah disandang oleh Soldadu (U) Muhammad Ajmal Hakim bin Hj Salehuddin.
Kursus Kerani Asas Siri 02/2021 ini telahpun berjalan selama 6 minggu dan ianya bertujuan untuk melatih anggota-anggota TUDB sebagai kerani tentera agar meningkatkan lagi mutu taraf dalam bidang perkeranian terutama dari aspek pengetahuan dan mengenalkan lebih dalam bidang tersebut. Dengan adanya mereka menghadiri kursus ini, ianya juga adalah pelengkap perjalanan kerjaya mereka sebagai kerani tentera dalam ABDB dan dalam masa yang sama ianya juga taraf kelayakan vokasyen sebagai kerana serta kenaikan pangkat mereka.