​

﷽

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

الحَمْدُ لله رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّـلَاةُ وَالسَّـلَامُ عَلى أَشْـرَفِ الأَنْبِيَـاءِ وَالمُرْسَلِيْـنَ وَعَلٰى اٰلِهٖ وَصَحْبِهٖ اَجْمَعِيْنَ

Segala puji dan syukur ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala, selawat serta salam ke atas Rasul junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, kaum kerabat, para sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur dan taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua kita berpeluang untuk sama-sama menyambut kedatangan bulan Ramadhan 1443H/2022M yang akan bermula pada 01 Ramadhan 1443H bersamaan dengan 03 April 2022.

Sayugia kita sebagai umat Islam disarankan untuk merebut peluang yang ada untuk memperbanyakkan ibadah kepada Allah Subhanahu Wata’ala  mengaut seberapa banyak keberkatan yang kita mampu kerana Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan fadhilat-fadhilat. Walaubagaimanapun janganlah kita leka dengan arahan dan saranan yang telah digariskan oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam mengawal penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam. Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar Negara Brunei Darussalam bebas daripada wabak COVID-19 dan keadaan seluruh dunia akan pulih dengan izinNya jua.

Dikesempatan ini Saya serta ahli keluarga dengan segala ketulusan dan kerendahan hati mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1443H kepada semua warga Tentera Udara Diraja Brunei. Semoga semua amalan dan amal ibadah di sepanjang bulan Ramadhan ini akan diterima dan mendapat redha, ganjaran serta sebaik-baik keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa’Taala jua. Amiin Amiin Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Marhaban Ya Ramadhan. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

وَبِاللهِ التَّوْفِيْقُ والهِدَايَةُ وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ