​Rimba Air Force Base, Saturday, 02 April 2022 – The arrival of the blessed month of Ramadhan 1443 Hijrah was marked with Terawih and Witir Prayers followed by Tadarus Al-Quran at Surau Al-Barakah, Rimba AFB.

The most senior officer in attendance was the Commander of the RBAirF, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim. Also in attendance were Senior Officers, Officers, airmen and civilian congregants.

The event started off with a mass Isya’ prayer followed by Terawih and Witir. The event then continued with the recitation of Sayyidul Istighfar, recitation of Surah Al-Fatihah by the Commander of the RBAirF, a short tazkirah on “Al Quran dan Ramadhan”, a mass recital of Surah Al Baqarah verses 1 – 25 and Doa Peliharakan Sultan.

Aside from this being part of religious activities during the holy month of Ramadhan, this annual activity serves to encourage the personnel of the RBAirF to practice and inculcate the culture of Quran recitation. It is also in response to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam’s vision to produce an Al-Quran literate nation.





MAJLIS PEMBUKAAN SEMBAHYANG SUNAT TERAWIH DAN WITIR SERTA TADARUS AL-QURAN SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN 1443 HIJRAH

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Sabtu, 02 April 2022 – Kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan disambut dengan Acara menunaikan Solat Sunat Terawih dan Witir serta Tadarus Al-Quran bertempat di Surau Al-Barakah, PTU Rimba.

Pegawai Terkanan yang hadir ke Majlis tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota TUDB serta Jamaah awam.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah, Sembahyang Sunat Terawih dan Witir. Majlis diteruskan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Pemerintah TUDB, tazkirah ringkas bertajuk “Al Quran dan Ramadhan”, bacaan Surah Al Baqarah ayat 1 – 25 beramai-ramai dan Doa Peliharakan Sultan.

Selain dari menjadi sebahagian dari aktiviti keagamaan di bulan Ramadan, ianya juga bertujuan untuk menggalakkan warga TUDB mengamalkan dan membudayakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Ianya adalah selaras dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam untuk melahirkan rakyat yang celik Al-Quran.