​

Rimba Air Force Base, Sunday, 1 May 2022 – In the spirit of celebrating Eid Al-Fitr, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held Takbir on the eve of 1st Syawal 1443H at Surau Al-Barakah, Rimba AFB.

Present at the event was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF. Also present were the RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers and RBAirF personnel.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, tazkirah ‘Keistimewaan Bulan Syawal’ and Takbir Eid Al-Fitr. The event continued with an Eid Al-Fitr greet from the Commander of RBAirF and concluded with Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

TUDB MENGADAKAN MAJLIS MALAM TAKBIR BAGI SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1443H

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Ahad, 1 Mei 2022 – Bagi menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443H, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Malam Takbir Raya di Surau Al-Barakah, PTU Rimba.

Hadir di majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TUDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan tazkirah ‘Keistimewaan Bulan Syawal’, diikuti dengan laungan Takbir Hari Raya. Majlis diteruskan dengan ucapan Hari Raya Aidilfitri daripada Pemerintah TUDB dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.