BANDAR SERI BEGAWAN,
Thursday,
02
June 2022 –
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to award State Honorary Medals of Brunei Darussalam to 300 recipients at Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman, in honour of the monarch’s birthday celebration.
Conferring the medals as personal representative of His Majesty was His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office.
His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik, His Royal Highness Prince ‘Abdul Mateen and His Royal Highness Prince Haji Jefri Bolkiah were also in attendance.
Among the recipients were 03 Royal Brunei Air Force (RBAirF) Officers who were conferred the Meritorious Service Medal, or
Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Doa Selamat was read by the State Mufti Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned to bless the event.
Present at the Conferment Ceremony were members of Privy Council, Deputy Ministers, Diplomats, Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries and Heads of Departments.
PEGAWAI-PEGAWAI TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI (TUDB) MENERIMA PINGAT KEHORMATAN NEGARA
BANDAR SERI BEGAWAN,
Khamis, 02 Jun 2022 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan pingat-pingat kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada 300 penerima sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada majlis yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman.
Berangkat mengurniakan pingat-pingat kehormatan Negara Brunei Darussalam selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
Penerima-penerima pingat termasuk 03 orang Pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Istiadat pengurniaan pingat turut diberkati dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Majlis turut dihadiri oleh Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi, Duta-duta Besar, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua-ketua Jabatan.