
UNITED KINGDOM, Thursday, 09 June 2022 – Captain (U) Ameer Farhan bin Zailani from the Royal Brunei Air Force (RBAirF) has officially graduated from the 10th Aerosystems Specialist Engineer Training (ASET) course in RAF Cosford, United Kingdom today. Also present was Lieutenant Colonel (U) Mohammed Hairy Erwandy bin Raya, Defence Advisor of Brunei Darussalam to the United Kingdom to witness the certificate presentation to the graduating officers.
The cohort of 16 officers underwent the intensive 20-week course commencing on the 6th January 2022 which have exposed them to a myriad of challenges, culminating into three rigorous summative Rotational Assessment Phases (RAP) progressively building in complexity and difficulty covering engineering simulations, Oral Boards and (SJAR) elements.
Starting of with a combination of academics and Engineering Officer skills, progressing to exposure to armaments, airworthiness and the management and organisational principles that Engineering Officers will need to develop for their first and subsequent tours. Covering Continuing Airworthiness Maintenance Organisation (CAMO) and Design Team (DT) roles and finally on maintenance and work practices in the RAF in a broader prospect. All are with the objective to best prepare the cohort on future challenges as an Engineering Officer in the RAF and the RBAirF.


PEGAWAI TUDB MENAMATKAN KURSUS AEROSYSTEMS SPECIALIST ENGINEER TRAINING (ASET).
UNITED KINGDOM, Khamis, 09 Jun 2022 – Kapten (U) Ameer Farhan bin Zailani daripada Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menamatkan Kursus Aerosystems Specialist Engineer Training (ASET) yang ke 10. Turut hadir ialah Leftenan Kolonel (U) Mohammed Hairy Erwandy bin Raya, Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam di United Kingdom untuk menyaksikan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus.
Kohort seramai 16 pegawai telah menjalani kursus intensif tersebut selama 20 minggu bermula pada 6 Januari 2022. Kursus tersebut telah mendedahkan mereka kepada pelbagai cabaran yang memuncak kepada tiga Fasa Penilaian Putaran (RAP) sumatif yang ketat dan secara progresif membina kerumitan dan kesukaran yang meliputi simulasi kejuruteraan, badan komunikasi lisan dan elemen (SJAR).
Bermula dengan gabungan akademik dan kemahiran Pegawai Kejuruteraan, diteruskan dengan pendedahan kepada ilmu persenjataan, kelayakan udara (airworthiness) dan prinsip pengurusan dan organisasi yang diperlukan oleh mana-mana Pegawai Kejuruteraan pada jawatan pertama dan seterusnya. Ianya juga meliputi peranan Organisasi Penyelenggaraan Kelayakan Udara Berterusan (Continuing Airworthiness Maintenance Organisation – CAMO) dan peranan Design Teams (DT) dan akhirnya mengenai penyelenggaraan dan amalan kerja dalam RAF dalam prospek yang lebih meluas. Kesemuanya adalah dengan objektif untuk mempersiapkan kohort tersebut sebaik-baiknya untuk menangani cabaran masa depan sebagai Pegawai Kejuruteraan di RAF UK dan di TUDB.

