RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 14 July 2022 – In conjunction with the 76th birthday celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Thanksgiving Ceremony at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB) today.
Present at the ceremony was Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Deputy Commander of RBAirF. Also in attendance were RBAirF Board of Executives, Senior officers, Officers and Airmen. The event commenced with the recitation of
Surah Al-Mulk verses 01-11 by Private (U) Mohamad Rusydi bin Mas Ahmadi followed by a mass Maghrib prayer, Sunat Hajat prayer and the recital of Surah Yassin led Warrant Officer 2 (Retired) Hj Shaipin bin Hj Abu Bakar, Imam of Surau Al-Barakah.
The ceremony continued with Doa Kesyukuran and concluded with mass Isya’ prayer.
This thanksgiving ceremony is a nationwide event held in all mosques and surau across the country as the nation shows their gratitude and pray for the well-being and safety of His Majesty and the country.



MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM KE-76 TAHUN
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 14 Julai 2022 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena meraikan Hari PujaKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-76 tahun di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba) pada hari ini.
Hadir pada majlis tersebut ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Timbalan Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TUDB. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari surah Al-Mulk ayat 01-11 yang dibacakan oleh Soldadu (U) Mohamad Rusydi bin Mas Ahmadi dan kemudian diikuti dengan Sembahyang fardhu Maghrib berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat serta bacaan Surah Yassin yang diketuai oleh Pegawai Waran 2 (Bersara) Hj Shaipin bin Hj Abu Bakar, Imam Surau Al-Barakah.
Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah. Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang ke-76 tahun ini adalah salah satu majlis yang di sambut di semua surau dan masjid di seluruh negara sebagai tanda menjunjung kasih dan memohon bagi kesejahteraan dan keselamatan terhadap raja dan negara.

