KG TANAH JAMBU, Wednesday, 20 July 2022–Royal Brunei Air Force (RBAirF) held its annual RBAirF Flight Safety Day at the Defence Academy RBAF Auditorium in memory of the tragic incident of helicopter Bell 212 that happened on the 20 July 2012.

The RBAirF Flight Safety Day was graced by His Royal Highness Major (Udara) Prince ‘Abdul Mateen ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Upon arrival, His Royal Highness was welcomed by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF.

The event commenced with the recital of Surah Al-Fatihah and a prayer for our fallen heroes followed by an opening remark by the Commander of RBAirF to officiate the event.

The event then continued with four presentations relating with this year’s Flight Safety Day theme ‘Operating Safely in A Changing World’.  The first presentation was delivered by Major Joel Allen from 667 Squadron Army Air Corps, followed by Captain Roland Fennis from Brunei Shell Aviation. The third presentation was given by Haji Amir Rabbani bin Haji Rosli from Department of Civil Aviation and the last presenter was Captain (U) Fatin Nur Hanani binti Hamdani, Flight Commander Radar from Airspace Control/ Early Warning Squadron, No. 3 Wing, RBAirF.

The event followed with award presentation of the Flight Safety Champion winner, Lance Corporal (U) Ahmad Shukry bin Mohamad Yusof from 573 Squadron. This award is presented to RBAirF personnel who has made notable contributions to Flight Safety that reduced the possibility of injury to personnel and improved safeguarding of aircraft or associated system. The event then announced and presented prizes to the three winners for the Flight Safety Video Competition 2022.

The Flight Safety Day then concluded with a forum with the theme ‘Learning from Experience in Flight Safety’ from RBAirF personnel.’ The forum was moderated by Captain (U) Siti Nur Aqidah binti Muhd Azmi and the accompanied panelists were Captain (U) Mohd Nazmi bin Nasrudin, Lieutenant (U) Faeiqah Nadzirah binti Awang Yakof, Lieutenant (U) Abdul Aziz bin Hj Zainal Abidin and Staff Sergeant (U) Md Ezrith bin Haji Edin.

After the Flight Safety Day event at the Defence Academy, aviation safety matters were continued to be discussed at respective squadrons for the remaining afternoon.

The Flight Safety Day aims to serve as a platform for personnel involved in flying operations to share flight safety related topic. It also aims to further elevate awareness on flight safety and improve cohesiveness and teamwork in all aspects and tiers within the RBAirF, as well as enhance the momentum of flight safety information amongst the aviation community within Brunei Darussalam.

Also in attendance at the event were RBAirF Board of Executives, RBAirF flying and operation related Officers and Personnel as well as representatives from RBN, JFHQ RBAF, His Majesty’s Sultan Flight and Royal Brunei Airlines.

 



ACARA TAHUNAN HARI KESELAMATAN PENERBANGAN TUDB 2022

KG TANAH JAMBU, Rabu, 20 Julai 2022 – Acara tahunan Hari Keselamatan Penerbangan Tentera Diraja Brunei (TUDB) telah diadakan di Dewan Auditorium Akademi Pertahanan ABDB bagi memperingati kejadian kemalangan pesawat helikopter Bell 212 yang telah berlaku pada 20 Julai 2012.

Turut berangkat ke Majlis Hari Keselamatan Penerbangan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia telah dijunjung oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Arwah yang disedekahkan kepada mangsa-mangsa kemalangan pesawat helikopter dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Pemerintah TUDB.

Acara diteruskan dengan pembentangan yang disampaikan oleh Mejar Joel Allen dari Skuadron 667 Army Air Corps, Kapten Roland Fennis dari Brunei Shell Aviation, Haji Amir Rabbani bin Haji Rosli dari Jabatan Penerbangan Awam dan Kapten (U) Fatin Nur Hanani binti Hamdani dari Skuadron Kawalan Ruang Udara/ Amaran Awal, Cawangan No. 3, TUDB. Tema untuk Hari Keselamatan Penerbangan bagi tahun ini adalah ‘Operating Safely in A Changing World‘.

Acara kemudian diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang Flight Safety Champion kepada Lans Koperal (U) Ahmad Shukry bin Mohamad Yusof dari Skuadron 573 di atas sumbangan beliau kepada keselamatan penerbangan yang telah mengurangkan kemungkinan kecederaan kepada anggota dan meningkatkan keselamatan pesawat atau sistem yang berkaitan dengannya. Acara tersebut juga diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Peraduan Video Keselamatan Penerbangan 2022. 

Hari Keselamatan Penerbangan 2022 juga mengadakan forum dengan tema ‘Learning from Experience in Flight Safety‘. Juruacara bagi forum tersebut telah diketuai oleh Kapten (U) Siti Nur Aqidah binti Muhammad Azmi. Ahli panel yang lain adalah terdiri daripada pegawai TUDB iaitu Kapten (U) Mohammad Nazmi bin Nasrudin, Leftenan (U) Faeiqah Nadzirah binti Awang Yakof, Leftenan (U) Abdul Aziz bin Haji Zainal Abidin and Staf Sarjan (U) Md Ezrith bin Haji Edin.

Selepas acara Hari Keselamatan Penerbangan tersebut, perbincangan hal keselamatan penerbangan diteruskan pada sebelah petang di skuadron masing-masing.

Hari Keselamatan Penerbangan ini bertujuan untuk menjadi landasan dan tauladan bagi anggota-anggota yang terlibat dengan operasi penerbangan, untuk berkongsi topik-topik yang bersangkut paut dengan keselamatan penerbangan. Ianya juga diharap dapat mempertingkatkan kesedaran keselamatan penerbangan dan mempertingkatkan kesinambungan dan kerjasama di dalam kesemua aspek penerbangan di kalangan anggota TUDB, disamping memperkasa lagi momentum pertukaran maklumat keselamatan di antara komuniti penerbangan di Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir pada acara tersebut adalah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai dan Anggota-anggota TUDB yang berkaitan dengan penerbangan serta jemputan daripada, TLDB, MAB ABDB, Penerbangan Diraja Brunei dan Royal Brunei Airlines.