BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 19 August 2022 - Defence Diplomacy between the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Indonesian National Armed Forces continues with the participation of a Royal Brunei Air Force (RBAirF) officer to Indonesian Air Force Command and Staff Course Session 2022/2023. The course consists of 04 Months Intermediate Indonesian Intensive Language Course at Ministry of Defence Language Education and Training Centre that will commence on 25 August 2022, Southern Jakarta and followed by another 11 months of Command and Staff Course at the Indonesian Air Force Command and Staff College, Bandung.

The courses will be attended by Major (U) Pengiran Abdul Aziz bin Pengiran Dato Paduka Haji Abdul Wahab. The Intermediate Indonesian Intensive Language Course objective is to prepare participants linguistically and academically in preparation for Command and Staff Course and for Command and Staff Course objective is to broaden selected mid-career officers’ professional and academic knowledge and to develop command and communication skills in preparation for higher command and staff appointments.

Present for the send-off at the Brunei International Airport was Lieutenant Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Commander Support Group, RBAirF. Upon arrival at the Jakarta Airport (Soekarno-Hatta) Indonesia, Major (U) Pengiran Abdul Aziz was received by Lieutenant Colonel Pengiran Aeddie Masjaffrie bin Pengiran Haji Mohammad Jaafar, the Defence Attaché to Indonesia.

Major (U) Pengiran Abdul Aziz is from the 24th Intake of Boys’ Wing and attended the Initial Officer Training, Royal Australian Air Force in 2007 and previously served as Officer Commanding Motor Transport Squadron, No. 6 Wing, RBAirF.

The RBAirF would like to congratulate Major (U) Pengiran Abdul Aziz for being selected to represent the RBAF to the prestigious course and wishes him all the best for the course.

PEGAWAI TUDB MENGHADIRI KURSUS INTENSIF BAHASA INDONESIA TINGKAT MENENGAH DAN KURSUS MAKTAB TURUS PENDIDIKAN DIKREG SESKOAU, REPUBLIK INDONESIA

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 19 Ogos 2022 – Diplomasi Pertahanan di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) diteruskan lagi dengan penyertaan seorang Pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) ke Kursus Maktab Turus Pendidikan DIKREG SESKOAU Tahun Ajaran 2022/2023 yang terdiri daripada Kursus Intensif Bahasa Indonesia Tingkat Menengah selama 04 bulan di PUSDIKLAT Bahasa BADIKLAT KEMHAN, Jakarta Selatan bermula pada 25 Ogos 2022 dan diteruskan dengan Kursus Maktab Turus Pendidikan DIKREG SESKOAU selama 11 bulan.

Kursus-kursus tersebut akan dihadiri oleh Mejar (U) Pengiran Abd Aziz bin Pengiran Dato Paduka Haji Abdul Wahab. Objektif Kursus Bahasa Tingkat Menengah tersebut adalah sebagai perisapan pegawai tersebut dari segi bahasa dan akademik untuk persiapan Kursus Maktab Turus yang akan dihadiri. Manakala objektif Kursus Maktab turus tersebut adalah untuk memperkembangkan pengetahuan profesional dan akademik pegawai pertengahan dan untuk mempertingkatkan kemahiran perintah dan komunikasi sebagai persediaan sebelum menjawat jawatan yang lebih tinggi.

Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum beliau berlepas ialah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Pemerintah Kumpulan Bantu, TUDB. Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta (Soekarno-Hatta) Indonesia, Mejar (U) Pengiran Abdul Aziz disambut oleh Leftenan Kolonel Pengiran Aeddie Masjaffrie bin Pengiran Haji Mohd Jaafar, Atase Pertahanan ke Indonesia.

Mejar (U) Pengiran Abdul Aziz adalah dari Askar Muda pengambilan ke dua puluh empat dan menghadiri Kursus Pegawai Kadet di Royal Australian Air Force. Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah Skuadron Kenderaan, Cawangan No. 6, TUDB.

TUDB mengucapkan tahniah kepada Mejar (U) Pengiran Abdul Aziz kerana terpilih untuk mewakili ABDB ke kursus yang berprestij itu dan mendoakan agar beliau memperolehi pencapaian yang baik.