THE REPUBLIC OF SINGAPORE, Monday, 12 September 2022 – The National Netball Team participated in the 2022 Asian Netball Championships, where Her Royal Highness Princess Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin Waddaulah is a team member. Captain of the national team was one of the Royal Brunei Air Force’s (RBAirF) aircraft technician, Private (U) Siti Marhayati binti Ahmad. The championship that was held in the Republic of Singapore commenced from 03 September to 11 September 2022. Brunei Darussalam was amongst the 11 nations who partook in the international championship.
Private (U) Siti Marhayati has been involved in the national netball team ever since 2012, playing in various championships within the region. This includes her involvement in achieving bronze medals during 3 Sea Games particularly in Singapore, Malaysia, and the Philippines in the years 2015, 2017, and 2019 respectively.
Despite being captain of the team, work commitments will always remain a top priority. By day Private (U) Siti Marhyati is an aircraft technician where time management is vital in keeping up with the demands from both the work place and netball training. On days that are particularly hard and tiring, she reminds herself to focus on the positive, in which she herself needs to be mentally and physically prepared for.
The National Netball Team, nicknamed Royal Bees, faced tough competition this year. Out of the 6 games that the team played, they suffered 3 losses and won a total of 3 games, placing 6th in the overall Championship.
RBAirF would like to congratulate Private (U) Siti Marhayati and the team on their accomplishment and wish them all the best in their future championship games.


JURUTERA SKUADRON 52 TUDB MENJADI KETUA PASUKAN BOLA JARING BRUNEI DARUSSALAM
REPUBLIK SINGAPURA, Isnin, 12 September 2022 – Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Brunei Darussalam pada tahun ini telah menyertai 2022 Asian Netball Championships, yang mana Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin Waddaulah adalah salah seorang pemain pasukan. Jurutera Skuadron 52 TUDB, Soldadu (U) Siti Marhayati binti Ahmad ialah ketua pasukan Bola Jaring Kebangsaaan Brunei Darussalam pada tahun ini. Kejohanan tersebut diadakan di Republik Singapura dari 03 September hingga 11 September 2022. Brunei Darussalam adalah di antara 11 buah negara yang turut serta dalam kejohanan antarabangsa tersebut.
Soldadu (U) Siti Marhayati telah terlibat dalam pasukan bola jaring kebangsaan sejak tahun 2012 dan telah menyertai pelbagai kejohanan di rantau ini. Ini termasuk penglibatannya dalam mencapai pingat Gangsa di dalam 3 kejohanan Sukan Sea iaitu di Singapura (2015), Malaysia (2017) dan Filipina (2019).
Walaupun memegang jawatan sebagai ketua pasukan, beliau selalu mengutamakan komitmen kerja terlebih dahulu. Sebagai seorang jurutera pesawat di Skuadron 52, Soldadu (U) Siti Marhayati juga mementingkan pengurusan masa dalam memenuhi keperluan dari tempat kerja dan juga latihan bola jaring. Beliau sering mengingati dirinya untuk fokus pada yang positif, agar sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal.
Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Brunei Darussalam, yang digelar Royal Bees, menghadapi saingan yang sengit pada tahun ini. Daripada 06 perlawanan yang dimainkan, pasukan tersebut mengalami 03 kekalahan dan memenangi 03 yang selebihnya dan berjaya menduduki tempat ke-6 dalam keseluruhan kejohanan.
Pihak TUDB ingin mengucapkan tahniah kepada Soldadu (U) Siti Marhayati dan pasukan di atas pencapaian mereka, semoga selalu maju jaya dalam perlawanan kejohanan yang akan datang.

