RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 10 October 2022 – Support Group of Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Tahlil and Thanksgiving Event to commemorate the 8th year of establishment of the Group. A Doa Selamat was also recited to bless the transfer of No. 6 Wing Office.
Present as Guest of Honor was Lieutenant Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Commander Support Group, RBAirF. Also present were Wing Commanders, Senior Officers, Officers, Group Sergeant Major, Group Drill Sergeant Major and Warrant Officers from the Group.
The event commenced with a photo session followed by recital of Surah Al-Fatihah led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, RBAirF Religious Officer. The ceremony continued with a speech from the Guest of Honor followed by the recital of Tahlil, Doa Kesyukuran and Doa Selamat. The ceremony concluded with a cake cutting ceremony and the signing of parchment.



KUMPULAN BANTU TUDB MENGADAKAN MAJLIS TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA 08 TAHUN PENUBUHAN
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 10 Oktober 2022 - Kumpulan Bantu Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena menyambut Hari Ulang Tahun ke-8 tertubuhnya kumpulan tersebut serta Doa Selamat bagi Cawangan No. 6 yang akan berpindah pejabat.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Hasrul Arrifin bin Pengiran Haji Rosley, Pemerintah Kumpulan Bantu, TUDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Pemerintah Cawangan, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar Kumpulan, Sarjan Mejar Kawad Kumpulan dan Pegawai Waran Kumpulan Bantu.
Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan disusuli dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Agama TUDB. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya Bacaan Tahlil, Doa Kesyukuran dan Doa Selamat. Majlis diselitkan dengan pemotongan kek HUT Kumpulan Bantu dan diakhiri dengan menandatangani lembaran kenangan oleh Tetamu Kehormat Majlis.


