RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 11 October 2022 – The 9th LATMA Elang Brunesia 2022 Field Training Exercise (FTX) between the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU) was officiated today.

LATMA Elang Brunesia is a bilateral exercise conducted every 2 years between the two air forces with the aim of practising the inter-operability of air assets in a combined Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) and Search and Rescue (SAR) operation.

The FTX was co-chaired by Major (U) Muhammad Fazley bin Hasabullah, the Acting Commanding Officer of No. 3 Wing, RBAirF and Colonel (PnB) Agni Prayogo, Commandant of Wing 4 Lanud Sendjaja, TNI-AU.

The commencement of LATMA Elang Brunesia IX/2022 was officiated by Co-Chairman RBAirF with the presentation of an exercise patch to Co-Chairman TNI-AU, who is also the Head of the TNI-AU delegation.

This bilateral exercise will take place for two (2) days from October 11–12, 2022, with the aim of allowing personnel to interact, enhance mutual trust, and build camaraderie. It also underscores the close and long-standing defence ties between Brunei Darussalam and Republic of Indonesia.


​



MAJLIS PEMBUKAAN LATMA ELANG BRUNESIA IX/2022

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 11 Oktober 2022 – Majlis Pembukaan Field Training Exercise (FTX) bagi LATMA Elang Brunesia ke-9 tahun 2022 di antara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU) telah dilaksanakan pada hari ini.

LATMA Elang Brunesia dilaksanakan setiap 2 tahun di antara kedua-dua tentera udara dengan tujuan membuat latihan keupayaan aset udara dalam operasi gabungan Bantuan Kemanusian dan Bencana (HADR) dan Misi Mencari dan Menyelamat.

Pengerusi Bersama bagi FTX tersebut adalah Mejar (U) Muhammad Fazley bin Hasabullah, Pemangku Pegawai Pemerintah, Cawangan No.3, TUDB dan Kolonel (PnB) Agni Prayogo, Komandan Wing 4, Lanud Sendjaja, TNI-AU.

Acara LATMA Elang Brunesia IX/2022 telah dirasmikan oleh Pengerusi Bersama TUDB dengan penyampaian patch latihan kepada Pengerusi Bersama TNI-AU, yang juga selaku Ketua delegasi TNI-AU.

Latihan bersama ini akan dijalankan selama dua hari dari 11 hingga 12 Oktober 2022 yang mana bertujuan untuk memberi peluang kepada anggota untuk berinteraksi, meningkatkan kerjasama dan membina persahabatan antara kedua negara. Ia juga meningkatkan hubungan pertahanan yang erat di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia yang telah terjalin sekian lama.