BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 23 October 2022 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to participate in the cycling event ‘Riadah Berbasikal Keputeraan 2022’ with other members of the Royal family at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Riadah Berbasikal Semangat Keputeraan 2022, organised by the Ministry of Culture, Youth and Sports was held in conjunction with the His Majesty’s 76th Birthday, which aimed to support the aspiration of the Nation by revitalizing Bandar Seri Begawan through the activities of ‘Bandar Ku Ceria’ and supporting Brunei Darussalam’s National Healthy Living Program.

Among the participants were Officers and personnel from the Royal Brunei Air Force (RBAirF) including their families, led by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the RBAirF Commander. Also present were the RBAirF Deputy Commander, RBAirF Board of Executives and Commanding Officers.

The Riadah Berbasikal Keputeraan 2022 route covered a distance of 1.9 kilometers, passing several main roads in Bandar Seri Begawan.




TUDB MENYERTAI RIADAH BERBASIKAL KEPUTERAAN 2022

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Oktober 2022 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli bagi menyertai acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2022 bersama Ahli-ahli Kerabat Diraja di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Riadah Berbasikal Keputeraan 2022 ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, yang ke-76 Tahun, antara lain ianya bertujuan ke arah mendokong aspirasi Negara dengan menghidupkan Bandar Seri Begawan melalui aktiviti Bandar Ku Ceria dan mendokong Program Gaya Hidup Sihat Negara Brunei Darussalam.

Turut serta dalam memeriahkan lagi acara tersebut adalah anggota-anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang diketuai oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim , Pemerintah TUDB. Turut hadir adalah Timbalan Pemerintah TUDB dan Badan Eksekutif TUDB serta Pegawai-Pegawai Pemerintah.

Riadah Berbasikal Keputeraan 2022 mengelilingi Bandar Seri Begawan berjarak sejauh 1.9 kilometer, melalui beberapa jalan-jalan utama Bandar Seri Begawan.