Rimba Air Force Base, Tuesday, 15 November 2022 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) Commander, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Hj Ibrahim received an Introductory Call from the new Malaysian Defence Adviser to Negara Brunei Darussalam, Colonel Haji Nor Azizi bin Abdullah.
In the session, the RBAirF Commander congratulated Colonel Haji Nor Azizi for being appointed as the new defence adviser and expressed confidence that the close relations between the armed forces and especially the two air forces would be strengthened under his tenure. The two sides then proceeded to discuss the way forward in expanding the ties between the RBAirF and Royal Malaysian Air Force (RMAF) such as training, exercises and visits under the auspices of the Air Working Group established between the two organisations.
Colonel Haji Nor Azizi replaces Brigadier General Kamarudzaman bin Mohd Thani, who has served in Brunei Darussalam as the Defence Adviser for 6 years, starting his tenure in January 2016.

PEMERINTAH TUDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARI PENASIHAT PERTAHANAN MALAYSIA YANG BAHARU
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Selasa, 15 November 2022 –Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Yang Mulia Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Hj Ibrahim pada hari ini menerima Kunjungan Pengenalan dari Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam yang baharu, Kolonel Haji Nor Azizi bin Abdullah.
Semasa sesi tersebut, Pemerintah TUDB menyampaikan ucapan tahniah kepada Kolonel Haji Nor Azizi atas lantikan beliau sebagai Penasihat Pertahanan ke Negara Brunei Darussalam. Beliau juga menekankan keyakinannya bahawa hubungan baik di antara kedua angkatan tantara dan terutama sekali kedua tentera udara akan lebih berkembang di bawah perkhidmatannya sebagai wakil pertahanan ke negara ini. Kedua belah pihak juga berbincang mengenai langkah-langkah kehadapan dalam memperbaiki lagi hubungan dua hala TUDB dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari segi latihan, eksesais serta pertukaran lawatan dibawah naungan Kelompok Kerja Udara TUDB-TUDM.
Kolonel Haji Nor Azizi menggantikan tempat Brigedier Jeneral Kamarudzaman bin Mohd Thani yang telah berkhidmat di Negara Brunei Darussalam sebagai Penasihat Pertahanan selama 6 tahun, dimana beliau mula bertugas pada Bulan Januari 2016.

