Bandar Seri Begawan, Friday, 18 November 2022
– Philippine Air Force (PAF) once again sent their Blackhawk S70i pilots for simulator recurrency training at CAE Brunei MPTC with the support of RBAirF Qualified Helicopter Instructors (QHIs). This year, 27 pilots have undergone their 5-day training in Brunei, divided over 14 courses as part of the Air Working Group (AWG) between RBAirF and PAF, which started in 2021.
The RBAirF instructors are Lieutenant Colonel (U) Johar bin Haji Abdullah and Captain (U) Muhammad Adib bin Haji Hashim. They were also involved with the recurrency training of 11 PAF pilots last year. This year, the first course started on 08 August 2022, and the previous recurrency training course ended on 18 November 2022.
During the training period, Her Excellency Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio, the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of the Philippines to Brunei Darussalam had the opportunity to visit the training centre on 29 August 2022. Her Excellency expressed her appreciation to the RBAirF for providing instructors and sharing expertise throughout the courses, which train pilots in routine and emergency procedures on a state-of-the-art synthetic trainer. This knowledge exchange is also the perfect way to enhance bilateral relations between the two countries. It will again emphasize Brunei Darussalam’s status as an excellent training centre for the Blackhawk S70i.


JURULATIH TUDB MENJALANKAN LATIHAN SIMULATOR BAGI JURUTERBANG TENTERA UDARA FILIPINA
Bandar Seri Begawan, Jumaat, 18 November 2022 – Juruterbang pesawat Blackhawk S70i Tentera Udara Filipina (TUF) sekali lagi menjalani
Simulator Recurrency Training di CAE Brunei MPTC dengan bantuan tenaga pengajar dari TUDB. Seramai 27 juruterbang TUF telah menjalani latihan 5 hari di Negara Brunei Darussalam pada tahun ini, yang telah dibahagikan kepada 14 kumpulan sebagai satu lagi hasil inisiatif Kelompok Kerja Udara (KKU) diantara TUDB dan TUF yang telah bermula pada tahun 2021.
Jurulatih-jurulatih yang terlibat adalah Leftenan Kolonel (U) Johar bin Haji Abdullah dan Kapten (U) Muhammad Adib bin Haji Hashim yang mana kedua jurulatih tersebut telah menjalankan latihan yang sama bagi 11 juruterbang TUF pada tahun lepas. Pada tahun ini, kumpulan yang pertama telah memulakan latihan pada 08 Ogos 2022 manakala, kumpulan terakhir telah menamatkan latihan pada 18 November 2022.
Semasa latihan dijalankan, Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam mengambil kesempatan untuk membuat lawatan ke pusat latihan pada 29 Ogos 2022. Semasa lawatan tersebut, Puan Yang Terutama menzahirkan penghargaan kepada TUDB diatas sumbangan tenaga pengajar bagi kursus tersebut yang melatih juruterbang-juruterbang bagi prosedur-prosedur kecemasan bagi pesawat Blackhawk S70i. Latihan bersama ini akan merapatkan lagi hubungan diantara Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina dan juga akan mengesahkan taraf negara ini sebagai rakan latihan yang unggul bagi pesawat Blackhawk S70i di rantau ini.
