
KAMPONG TUNGKU, Wednesday, 30 November 2022 – 40 personnel from No.2 Wing, Royal Brunei AirForce (RBAirF) paid an educational visit to the Narcotics Control Bureau in Kampong Tungku. The visit was organised by the No.2 Wing Narcotic Control Centre Committee (JPKN), led by Captain (U) Mohamad Alauddin bin Awang Haji Basar, Administrative Officer, No.2 Wing, RBAirF.
Upon arrival, the delegation was welcomed by Ruddy Mulyaddey bin Haji Mohd Ali, Assistant Narcotics Officer, from Narcotics Control Bureau Headquarters. The delegation was then briefed on drug abuse and other drug related issues and visited the exhibitions. The visit ended with a group photo followed by a presentation of a souvenir to the Narcotics Control Bureau as a token of appreciation.
The purpose of this visit is to raise awareness about the dangers, implications and effects of drug abuse as well as trafficking. The visit is also intended to ensure self-discipline and prevent personnel from becoming involved in narcotics issues.



LAWATAN CAWANGAN NO.2 TUDB KE BIRO KAWALAN NARKOTIK
KAMPONG TUNGKU, Rabu, 30 November 2022 – Empat puluh anggota dari Cawangan No. 2, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah membuat lawatan sambil belajar ke Biro Kawalan Narkotik, Kampong Tungku. Lawatan tersebut telah diungkayahkan oleh Jawatankuasa Pusat Kawalan Narkotik (JPKN) Cawangan No.2 yang diketuai oleh Kapten (U) Mohamad Alauddin bin Awang Haji Basar, Pegawai Tadbir, Cawangan No.2, TUDB.
Rombongan telah disambut oleh Ruddy Mulyaddey bin Haji Mohd Ali, Penolong Pegawai Narkotik, Pejabat Biro Kawalan Narkotik. Rombongan telah diberikan taklimat dan penerangan mengenai penyalahgunaan dadah serta beberapa isu berkaitan dengan dadah dan disusuli dengan lawatan pameran mengenai dadah. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada Biro Kawalan Narkotik sebagai tanda penghargaan.
Tujuan lawatan ini ialah untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya dan implikasi dan kesan penyalahgunaan dadah termasuk mengedar. Lawatan seperti ini juga diharapkan akan dapat memastikan tahap displin anggota terjaga dan mengelakkan anggota dari terjebak dengan gejala narkotik.


